27
Apr
09

Sejarah Masjid Kampung Laut , Nilam Puri , Kelantan

masjid-kawe1masjidkglautno51masjid kg laut (Gambar ihsan Arkib Yusof Rawa)

Masjid yang sekarang dibangunkan semula di Nilam Puri, aslinya terletak di Kampung Laut, sebuah kampung di tepi Sungai Kelantan, di seberang sebelah hilir bandar Kota Bharu. Adalah dipercayai bahawa masjid ini menjadi masjid tertua di negeri Kelantan, meskipun tarikh ia dibangunkan tidak diketahui. Ada dugaan yang menyatakan bahawa masjid ini telah dibina sejak lebih 300 tahun yang lalu. Reka bentuk bangunannya agak unik dan berbeza daripada reka bentuk masjid-masjid lain yang terdapat di negeri Kelantan atau di negeri-negeri Melayu yang lain. Ada yang menyebut bahawa rekabentuk masjid ini mirip atau hampir manyerupai rekabentuk sebuah masjid tua di Demak, Jawa Timur. Oleh kerana persamaan ini, maka ada orang berpendapat bahawa masjid ini dibina oleh sekumpulan orang-orang Jawa yang terkandas di Pantai Kelantan dalam perjalanan ulang-alik an tara Jawa dengan. Champa. Oleh kerana bangunan masjid ini terletak di tepi Sungai Kelantan yang sentiasa banjir, maka ia sangat terdedah kepada bahaya atau ancaman kemusnahan. Pada waktu banjir besar melanda negeri Kelantan pada bulan ]anuari 1967, sebahagian tapak kawasan masjid ini telah jatuh ke dalam sungai menyebabkan kedudukan masjid jadi senget dan goyah. Bagi menyelamatkan warisan yang sangat berharga ini, usaha-usaha tdah diambil oleh Persatuan Sejarah Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan bagi memindahkannya ke tempat lain yang lebih selamat, iaitu dalam kawasan kampus Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan di Nilam Puri, Kota Bharu. Bangunan masjid ini telah dibina semula, seberapa yang boleh, menurut rekabentuk asalnya. Sekumpulan tukang¬tukang Melayu yang mahir, diketuai oleh Encik Husin bin Saleh dari Kampung Bunut Payong, Kota Bharu, telah bekerja keras membangunkannya semula. Kerja-kerja ini tdah dimulai pada bulan November tahun 1968 dan siap sepenuhnya setahun kemudian. Pada bulan Mei tahun 1970, bangunan masjid ini telah diserahkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia kepada Kerajaan Negeri Kelantan dalam suatu majIis penyerahan rasmi di Nilam Puri.

Rujukan: Ikhtisar SEJARAH KELANTAN (Tanah Serendah Sekebun Bunga), Abdul Razak Mahmud, Pustaka Aman Press Sdn Bhd., Kota Bharu, 2002.

About these ads

1 Response to “Sejarah Masjid Kampung Laut , Nilam Puri , Kelantan”


  1. November 8, 2009 at 1:46 am

    assalamualaikum dan salam sejahtera. reka bentuk masjid kampung laut amat unik sekali, dan berdasarkan kepada beberapa matlumat yang saya ada, sejarah pembinaan masjid kg. laut adalah dikatakan telah di bina oleh salah seorang wali songo dari tanah jawa iaitu sunan Ampel. di katakan beliau dan beberapa orang lagi telah berlayar dari tanah jawa menuju ke champa dan apabila sampai di perairan kelantan, kapal yang beliau naiki telah di pukul ribut dan tersadai di kg. laut. beliau telah mendirikan masjid tersebut di kg. laut. reka bentuk masjid tersebut juga agak sama dengan rekabentuk masjid agong demak, jawa timur sewaktu penyebaran islam oleh wali – wali songo. selain daripada itu, beberapa perkataan ‘jawa’ juga di gunakan oleh masyarakat kelantan seperti kain batik jawa, bukit jawa dan asam jawa, bagi menunjukan mungkin suatu ketika dulu, kelantan juga didatangi dan diduduki oleh masyarakat jawa. ada juga persamaan dari peradaban, pertuturan dan panggilan/gelaran masyarakat jawa yang masih lagi digunapakai oleh sesetengah penduduk kelantan sekarang ini. perkataan ‘sisir rambut’,’ubi stelo’ dan gelaran ‘wak’ yang digunakan oleh penduduk kelantan juga masih digunapakai oleh masyarakat jawa di Indonesia. oleh yang demikian, tidak hairanlah sekiranya rekabentuk masjid kg laut itu ada persamaan dengan masjid agong demak, indonesia. WALLAHU ALAM. walau bagaimanapun, penggunaan masjid mestilah bersesuaian dengan fungsinya sebagai tempat ibadat dan tempat penyatuan ummah. terima kasih.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

More Photos
April 2009
M T W T F S S
    May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Pages

Top Clicks

  • None

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: