26
Apr
09

Manohara nampak bahagia ( from Jiwo Kelate blog)


Mesra dan bahagia! Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang hubungan suami isteri Tengku Temenggong, Tengku Mohammad Fakhry dan Cik Puan Temenggong, Manohara Odelia Pinot, 17, yang juga model terkenal Indonesia.

BERSAMA... Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan isterinya, Cik Puan Temenggong Manohara Odelia Pinot pada majlis perkahwinan anak Datuk Husam Musa di di Kampung Kota, Kota Bharu semalam. foto Mingguan Malaysia

BERSAMA… Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan isterinya, Cik Puan Temenggong Manohara Odelia Pinot pada majlis perkahwinan anak Datuk Husam Musa di di Kampung Kota, Kota Bharu semalam. foto Mingguan Malaysia

TENGKU Muhammad Fakhry Petra (dua dari kiri) dan isteri, Cik Puan Temenggong, Manohara Odelia Pinot (dua dari kanan) beramah mesra dengan pasangan mempelai, Ahmad Syafi Datuk Husam dan Indah Purnamasari Didin pada majlis perkahwinan mereka di Kampung Kota, Kota Bharu, semalam (25 April)-Utusan

TENGKU Muhammad Fakhry Petra (dua dari kiri) dan isteri, Cik Puan Temenggong, Manohara Odelia Pinot (dua dari kanan) beramah mesra dengan pasangan mempelai, Ahmad Syafi Datuk Husam dan Indah Purnamasari Didin pada majlis perkahwinan mereka di Kampung Kota, Kota Bharu, semalam (25 April)-Utusan

Ia sama sekali menafikan dakwaan ibunya, Daisy Farajina yang disiarkan secara meluas oleh akhbar Indonesia bahawa pasangan tersebut mengalami masalah rumah tangga dan Manohara didera secara fizikal dan mental.

Pasangan diraja itu muncul di khalayak ramai di sini hari ini ketika mencemar duli untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa.

Kehadiran mereka berdua yang tiba pada majlis perkahwinan Ahmad Syafi, 21, dan Indah Purnama Sari Didin, 18, di Kampung Kota pada 1.40 petang, menarik perhatian orang ramai di majlis itu.

Pada majlis tersebut, Tengku Mohammad Fakhry dilihat berpegangan tangan dengan isterinya, malah mereka juga kerap berbual sambil tersenyum kecil.

Pasangan itu juga tidak melepaskan pulang bermesra dengan rakyat jelata apabila sempat bersalam-salaman dengan tetamu yang hadir.

Dan malam tadi Tengku Temengong dan isteri bersama ribuan penyokong bolasepak menyaksikan perlawanan Akhir Piala FA antara Kelantan dan Selangor di Stadium Bukit Jalil.

Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Mohammad Fakhry dan Cik Puan Temenggong, Manohara Odelia Pinot turut menyertai 50,000 peminat bolasepak Kelantan menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2009

Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Mohammad Fakhry dan Cik Puan Temenggong, Manohara Odelia Pinot turut menyertai 50,000 peminat bolasepak Kelantan menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2009

Semalam, beberapa buah akhbar memetik laporan media Indonesia baru-baru ini mengenai Manohara yang dikatakan telah didera di bahagian dada oleh suaminya, seorang kerabat diraja Kelantan yang dikahwininya pada tahun lalu.

Kisah Manohara itu mendapat liputan meluas di Indonesia selepas Daisy mendakwa anaknya itu ‘diculik’ oleh Tengku Mohammad Fakhry dan dilarikan dengan sebuah jet dari Arab Saudi pada 26 Februari lalu.

Dakwaan Daisy itu ternyata tidak berasas sama sekali. Malah sebelum ini, Manohara turut kelihatan pada majlis-majlis rasmi diraja.

Pada 31 Mac lalu, Manohara mengiringi Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid mencemar duli merasmikan Pesta Flora di Taman Orkid Tengku Anis, Pengkalan Chepa di sini sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan.

Terbaru, pada 16 April, beliau hadir pada majlis ramah mesra Cik Puan Temenggong dengan isteri-isteri wakil rakyat Pas di sebuah hotel di sini.

Pada majlis tersebut, beliau kelihatan amat ceria menghabiskan masa selama empat jam bersama para peserta. Manohara juga sempat menunjukkan demonstrasi memasak dua biji kek.


3 Responses to “Manohara nampak bahagia ( from Jiwo Kelate blog)”


  1. 1 winina
    June 8, 2009 at 5:15 pm

    Manohara actually aren’t happy.
    She said that Fakhry told her to smile/looks happy if she want to go outside (or he’ll lock her all day in a room).
    Manohara trying to smile so she can go outside and leave a sign (she put her hand on her chest or neck)that says ‘mom help me.urgent’ in front of indonesian TV camera.

  2. 2 LiaU79
    July 7, 2009 at 10:11 pm

    wahhhh..
    another agenda and another plot make by her evil mother..
    what the **** does she want to?
    money?
    publicity?
    who care?

  3. 3 FATIHAH
    January 21, 2010 at 1:20 pm

    assalamualikum…berhubung kes mano sewajarnya kita jgn mudah membuat 1 kongklusi yang pd hakikatnya blom tau benar dan tidak nya…kalo kita berhajat untuk mengetahui hakikat yang benar…maka sama2 lah kita berdoa..AGAR KEBENARAN YANG HAK ITU AKAN TERBUKTI…DAN YANG BERSALAH MENDAPAT BALASAN.YA ALLAH YA TUHANKU..WAHAI TUHAN YANG MAHA ESA YANG TIDAK ADA SEKUTU BAGIMU…WAHAI TUHANKU YANG MAHA MELIHAT LAGIKAN MAHA MENYAKSIKAN…KAU ADALAH SEBAIK2 SAKSI YANG TELAH MENYAKSIKAN PERJALAN HIDUP MANO DAN T FAKRI..KAU TAU SIAPA YANG HAKIKATNYA BENAR DAN BENAR2 BERSALAH…MAKA BERIKAN LAH KEADIL LAN BUAT ORANG YANG TERANIAYA DIANTARA MEREKA BHERDUA…YA TUHAN SESUNGUHNYA JANJIMU ADALAH BENAR..BAHAWA DIKAU TIDAKKAN MEMBENARKAN YANG BATIL BERDIRI LAMA DAN DENGAN SIFAT MU YANG MAHA BESAR KAU PASTI AKAN MEMBENARKAN ORANG YANG SEJUJURNYA DIANIAYA….MAKA BERIKANLAH KEMENANGAN BAGI PIHAK YANG DIANIAYA.KABULKANLAH DOA KAMI AGAR KAMI TIDAK TERGOLONG SEBAI ORANG YANG ZALIM KRANA MEMFITNAH DIANTARA MEREKA.AMIN AMIN YA RABBAA’LAMIN….AMIN KAN YA SEMUA…SEMOGA KITA TAU HAL YANG SEBENAR…..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

Pueblo Bonito, Chaco Canyon

The Aged and the Ageless

Photonic Symphony

More Photos
April 2009
M T W T F S S
    May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Pages

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: