02
May
09

Ketua Pemuda PAS Penang Berlagak Macam Budak Tadika

Mohd Hafiz Mohamed Nordin, Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang telah benar-benar memalukan PAS. Beliau telah memalukan Presiden PAS, memalukan AJK PAS Pusat, memalukan Perhubungan Negeri, memalukan Pesuruhjaya PAS Negeri dan memalaukan Islam.

Sikap kebudak-budakan beliau hanya melayakkan beliau memimpin Dewan Budak Tadika sahaja dan bukannya Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang. Baru-baru ini beliau telah bersikap lebih kuah dari sudu dengan membuat tuntutan supaya wakil Dewan Pemuda Negeri bertanding di kerusi DUN Penanti.

Walaupun keputusan memberikan kerusi tersebut kepada KeAdilan telahpun dipersetujui di peringkat Pusat, namun beliau masih terus mengekalkan sikap muka tembok beliau dan membuat tuntutan tersebut.

Tuan Haji Mustafa Ali terpaksa membetulkan keadaan dengan berkata: (http://www.malaysiakini.com/news/103465):

“(Keputusan) ini kerana PAS tertakluk kepada perjanjian yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat.

“Semua parti dalam Pakatan telah bersetuju, jika berlaku pilihanraya kecil, calon yang bertanding mestilah daripada parti yang bertanding pada pilihanraya umum sebelum itu,” kata pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali.”

Apa masaalahnya pada Hafiz untuk bertanya kepada pimpinan Pusat berkenaan dengan keputusan yang telah dibuat bersama? Sikap Hafiz ini menunjukkan bahawa Presiden dan AJK PAS Pusat tidak mampu mendisiplinkan ahli-ahli bawahan mereka dan akhirnya menyebabkan kontroversi yang sia-sia ini berlaku.

Kalaupun dah benci sangat dengan Pakatan Rakyat, janganlah sampai memalukan pimpinan sendiri.

Masih Ingat Peristiwa Memalukan Pesuruhjaya Penang Berkaitan I-Dance?

Pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang untuk menganjurkan program ”I-Dance” bagi remaja di Pulau Pinang.

Tetapi sebelum program itu dianjurkan, PAS Pulau Pinang telah dirujuk dahulu. Dan pada 10 Desember 2008, PAS Pulau Pinang telah memberi persetujuan kepada program tersebut dengan beberapa syarat.

Akhbar The Sun telah melaporkan (http://www.thesundaily.com/article.cfm?id=28382) kenyataan Ustaz Saleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang berkata:

”After hearing the explanations of the campaign details, Penang PAS chairman Ustaz Mohd Salleh Man was satisfied that the campaign had positive values which are good for youths.
“We find that the activities in this campaign will be good and healthy for youths and could keep them away from drugs and alcohol,” he said, adding that the attire consisting of sports outfits and based on safety, is also acceptable.”

(Terjemahan bebas: Selepas mendengar penjelasan berkaitan dengan butiran kempen tersebut, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man telah berpuas hati dengan kempen tersebut yang mengandungi unsure-unsur positif kepada remaja.
Beliau berkata, Kami mendapati bahawa aktiviti dalam kempen ini adalah baik dan sehat bagi remaja dan kita sepatutnya menjauhkan mereka dari dadah dan alcohol”. Beliau juga menambah bahawa pakaian yang dicadangkan untuk dipakai adalah berasaskan kepada kesukanan dan keselamatan, juga diterima (oleh PAS)).

Tetapi, walaupun setelah dipersetujui oleh Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang, pada 19 Desember 2008, Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan satu demonstrasi membantah program tersebut.

Saya tak faham pemikiran Mohd Hafiz ini. Adakah beliau ini masih siuman ataupun beliau masih belum dewasa. Tindakan menganjurkan demonstrasi itu jelas satu penghinaan kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man, dan juga kepada keseluruhan Perhubungan PAS Pulau Pinang.

Dia Ini Memang Anti Kepada Pakatan Rakyat dan Menguntungkan UMNO

Sewaktu permulaan Pakatan Rakyat dahulu, beliau antara beberapa orang pimpinan pemuda yang giat membawa cerita bohong berkenaan Pakatan Rakyat. Kononnya Lim Guan Eng nak nak menyama tarafkan semua agama.

Rupanya, Lim Guan Eng melawat semua tempat sembahan untuk tujuan perlancongan. Itu pun beliau tuduh dulu baru bawa bukti.

Apa yang saya nampak, Mohd Hafiz ni patut minta duit kat UMNO kerana segala tindakan beliau menguntungkan UMNO. Ia tidak menguntungkan PAS dan tidak menguntungkan Islam.

Rasanya, baik Mohd Hafiz ni ambil borang UMNO dan masuk UMNO. Janganlah nak mengacau mereka-mereka yang hendak mengakhiri hayat UMNO macam kami.

Tulang Besi



Flickr Photos

Pueblo Bonito, Chaco Canyon

The Aged and the Ageless

Photonic Symphony

More Photos
May 2009
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Pages

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: