10
Jun
09

Statutory Declaration of ASP Hong Kin Hock (G/10990)

Raja Petra Kamarudin

AKUAN  BERKANUN

Saya, Hong Kin Hock (G/10990) yang beralamat ……………………………………………………………………….. dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya  berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

1.         Saya bekerja sebagai seorang pegawai polis berpangkat Assisten Superintenden Polis (ASP) di Cawangan Operasi/Bantuan Teknik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Kompleks Kerajaan, Bukit Perdana, Jalan Dato’ Onn 50502 Kuala Lumpur. Sebagai pegawai JSJK, saya menerima arahan dari pegawai atasan di JSJK. Saya membuat Akuan ini demi menjaga keselamatan peribadi dan integriti saya sebagai seorang pegawai polis berhubung tugasan dan siasatan yang saya lakukan dan arahan yang saya terima.

2.                  Pada 20/06/2006, saya menerima arahan daripada YDH Dato’ Pengarah JSJK melalui ACP Hamzah Md Som, KPP Operasi untuk mengumpul maklumat-maklumat mengenai kegiatan ceti haram di kawasan Johor dan Melaka, terutamanya yang melibatkan Sindiket Along “Tangkak Kia” yang dikatakan sangat aktif and mempunyai rangkaian di seluruh Malaysia. Saya telah menghantar 5 anggota detektif untuk membuat siasatan dan pengumpulan maklumat di Johor dan Melaka.

3.                  Pada 24/10/2006, susulan dari siasatan ini saya telah berjumpa dengan “Sumber“ yang mendedahkan beberapa maklumat mengenai kegiatan ceti haram di Tangkak, oleh penama yang dikenali sebagai Ah Kooi, Ah Seng, Ah Hang dan Tengku. Sumber dedahkan bahawa disamping terlibat kegiatan ceti haram, mereka juga terlibat dalam kegiatan haram lain seperti ekor haram, bookie bola dan bookie lumba kuda. Sindiket ini dikatakan sering menggunakan nama YDH Tan Sri KPN untuk melindungi aktiviti mereka tetapi tiada bukti jelas menunjukkan terdapatnya hubungan sedemikian.

4.                  Pada 20/01/2007, Sumber memberitahu saya bahawa seorang kawannya yang dikenali sebagai Richard adalah sangat rapat dengan YDH Tan Sri KPN dan banyak membantu kawan-kawan dalam pasukan polis untuk dinaikkan pangkat. Sumber meminta saya untuk memberi butir-butir peribada saya kepada Richard untuk disampaikan kepad YDH Tan Sri KPN. Saya tidak membantah dan memberi nombor polis, nama dan tempat tugas saya yang terkini.

5.                  Pada 24/03/2007 jam 1500 – 1600, dalam perjumpaan ini beliau memberitahu saya bahawa Ah Kooi dan Ah Sang (Melaka) telah bergaduh kerana masalah kewangan. Orang yang menjadi batu api adalah Tengku (Johor). Hal ini telah saya maklumkan kepada ACP Hamzah bin Md Som dan juga YDH Dato’ PJSJK. Pada masa yang sama Sumber juga memberitahu bahawa Richard memaklumkan bahawa nama saya telah diberikan kepada YDH Tan Sri KPN dan kemungkinan bila-bila masa Tan Sri akan memanggil saya.

6.                  Pada 23/04/2007 jam 2030 – 2100, saya diberitahu oleh Sumber bahawa pihak sindiket Tengku mengetahui Orang Tahanan (OT) Ong Yong Hoe telah disoal siasat oleh pegawai JSJK Bukit Aman dan mereka sedang menyiasat siapa pegawai tersebut dan tujuan soal siasat dijalankan. Saya tidak menafikan bahawa saya telah membuat soal siasat tersebut atas arahan YDH Dato’ PJSJK untuk mendapatkan maklumat-maklumat ceti haram. Sumber juga meminta saya supaya berhati-berhati kerana kemungkinan pihak Tengku akan menggunakan pengaruh mereka terhadap saya jika apa-apa berlaku.

7.                  Pada 22/05/2007 jam 1530, ketika sedang menjalankan serbuan bersabit “Ops. Tiong“ dikawasan  Kondominium Heritage, Setapak, saya telah menerima panggilan telefon daripada Sumber bahawa Richard telah mengaturkan perjumpaan saya dengan YDH Tan Sri KPN pada jam 1700 bertempat dirumah Tan Sri, dan Sumber bersetuju untuk pergi bersama-sama saya dengan menaiki kereta saya.

8.                  Pada 22/05/2007 jam 1630–1730, semasa dalam perjalanan ke rumah Tan Sri di Jalan Gasing, Petaling Jaya, saya telah bertanya kepada Sumber tujuan Tan Sri hendak berjumpa dengan saya. Sumber beritahu bahaw Richard telah berikan butir-butir peribadi saya dan kemungkinan Tan Sri hendak berjumpa untuk “temuduga“. Bila ditanya apakah perlu saya beritahu jika Tan Sri bertanya mengenai hal di Skudai yang mungkin dalam pengetahuannya. Sumber cadang agar saya beritahu hal sebenar iaitu saya hanya menjalankan tugas atas arahan Pengarah JSJK dan tidak tahu hal-hal lain.

9.                  Pada 22/05/2007 jam 1915–1930, perjumpaan telah dibuat dengan Tan Sri KPN dengan kehadiran bersama Sumber. Antara perkara-perkara yang berbangkit adalah seperti berikut:-

Sebaik  sahaja masuk ke rumah, Tan Sri KPN telah mempersilakan kami untuk duduk dan terus bertanya siapa saya dan tujuan saya berjumpa dengan beliau. Saya diam seketika dan terus melihat “Sumber“ dengan harapan beliau dapat menjelaskan tujuan sebenar perjumpaan ini. Sumber terus beritahu Tan Sri tentang nama Richard. Tanpa berfikir panjang, saya terus beritahu Tan Sri bahawa pada 17/04/2007 saya telah diarahkan oleh YDH Dato’ PJSJK untuk membuat satu rakaman percakapan risikan ke atas seorang lelaki Cina di IPD Skudai yang merupakan tahanan Emergency Ordinan (“EO“) oleh JSJ. Apabila ditanya, saya dedahkan nama OT tersebut adalah Ong Yang Hoe. Saya juga diberitahu bahawa selepas selesai rakaman percakapan ini, saya mendapat berita bahawa ada siasatan sedang dibuat oleh pihak tertentu ke atas saya atas sebab-sebab yang tidak saya ketahui. Kemudian YDH Tan Sri telah bertanyakan beberapa soalan seperti berikut:-

(a)               Saya memberitahu bahawa pada 16/04/2007 selepas menerima arahan ini, saya telah maklumkan kepada DSP Mohd Salleh, PP Operasi tentang tujuan dan arahan Dato PJSJK. DSP Mohd Salleh, telah mengatur untuk saya berjumpa dengan Insp. D7 (nama tak ingat) di IPD Skudai. Saya tiba di IPD Skudai pada 17/04/2007 dan dengan kerjasama seorang anggota D7 IPD Skudai (nama tak ingat) saya telah berjaya berjumpa dengan OT Ong dan rakaman dijalankan di Bilik Mesyuarat IPD Skudai.

(b)               Saya memberitahu bahwa saya tidak tahu dan saya telah diarahkan oleh Dato’ PJSJK untuk membuat rakaman risikan ke atas OT ini dengan tujuan mendapatkan maklumat mengenai ceti haram terutama yang melibatkan sindiket di Johor dan Melaka;

(c)               Saya diberitahu bahawa saya telah bertanyakan OT Ong tentang penglibatannya dalam kegiatan ceti haram, tetapi OT Ong menafikan penglibatannya dalam kegiatan ceti haram kecuali penglibatan dalam ekor haram yang mana telah beliau berhenti sejak 2006. OT Ong juga berasa hairan kenapa kini beliau boleh ditangkap dan dituduh atas kesalahan EO. Pada masa yang sama OT Ong ada beritahu bahaw dia tahu ada kumpulan ceti haram dikenali sebagai “Tangkak Kia“ yang sangat aktif di Johor dan sangat ganas tetapi tiada maklumat-maklumat mengenai mereka;

(d)               Saya memberitahu bahawa saya terpaksa merakam segala pendedahan haram yang dibuat oleh OT Ong memandangkan saya telah berada di Skudai dan “statement“ ini perlu disiapkan kerana ia menjadi tanggungjawab saya mendapatkan semua pendedahan yang hendak dibuat oleh OT Ong untuk dimajukan kepada YDH Dato’ PJSJK. Saya terus mencatatkan segala yang OT Ong hendak dedahkan kepada pihak polis. Seperti biasa saya ada menganjurkan beberapa soalan seperti siapa ketua sindiket ekor haram. OT Ong ada dedahkan bahawa dia bekerja dengan Heng Kiah (juga dikenali dengan panggilan Allen oleh orang lain). OT Ong juga ada dedahkan boss Heng Kiah adalah Tengku yang beliau tahu berasal dari Tangkak, tetapi tidak tahu samaada Tengku ada terlibat dalam kegiatan ceti haram.

(e)               Pada masa ini saya dapati YDH Tan Sri berasa hairan dan beritahu bahawa semasa JSJ buat rakaman tidak pula OT Ong mendedahkan nama Tengku dan kini bila JSJK rakam OT Ong dedahkan pula nama Tengku. Tan Sri kemudian didapati membuat panggilan kepada seseorang dengan beliau panggil sebagai “Dato Khalid” dan bertanyakan mengenai pengetahuannya tentang pengawai JSJK yang telah diarahkan oleh Pengarah JSJK untuk membuat rakaman ke atas tahanan EO di Skudai yang bernama Ong Yong Hoe. Dalam nada yang tegasTan Sri juga telah mengarahkan “Dato’ Khalid” untuk menyiasat mengapa pegawai JSJK boleh membuat rakaman percakapan tahanan EO tanpa pengetahuan pihak JSJ. Selepas berbual, Tan Sri beritahu saya bahawa tindakan telah dibuat dimana kes fail OT Ong telah pun dihantar kepada KKDN untuk tindakan.

(f)                 Saya maklumkan bahawa selepas kembali di pejabat, oleh kerana arahan ini disampaikan terus daripada YDH Dato’ PJSJK, saya telah menghantar laporan ini terus kepada YDH Dato PJSJK disamping memberi taklimat ringkas. Tan Sri kemudian mahu saya laporkan perkara ini kepada Bahagian Tatatertib kerana merasa sesuatu tidak kena kerana saya dari JSJK telah diarah membaut rakaman seorang OT yang sedang di siasat JSJ tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran JSJ ataupun tanpa pengetahuan pihak JSJ. Saya dapati Tan Sri terus menghubungi seorang pegawai Tatatertib dan meminta nombor telefon saya untuk diberikan kepada pegawai tersebut. Kemudian, Tan Sri memberitahu saya bahawa pegawai Tatatertib bernama Supt Nava akan hubungi saya dan meminta saya berjumpa dengan beliau esok unuk laporkan bagaimana saya boleh mendapat arahan PJSJK untuk menyiasat seorang OT dari JSJ tanpa mendapat kebenaran JSJ terlebih dahulu. Saya terpaksa mematuhi arahan Tan Sri dengan memberikan nombor telefon saya. Selepas lebih kurang lima minit, Supt Nava telah hubungi saya dan mahu saya berjumpa beliau esok pada jam 0900. Saya menjawab “ya”.

10.              Pada 22/05/2007 jam 2030, selepas perjumpaan ini, saya merasa sesuatu tidak kena kerana hajat perjumpaan saya adalah seperti yang telah saya jelas seperti di atas. Saya kemudian terus menghantar SMS kepada ACP Hamzah Md Som maklumkan bahawa Bahagian Tatatertib ingin temuduga saya bersabit kes soal siasat di Skudai tempoh hari. Saya kemudian mendapat SMS kembali daripada ACP Hamzah untuk berjumpa dengan YDH Dato’ PJSJK pada keesokkan hari.

11.              Pada 23/05/2007 jam 0915, saya menerima panggilan daripada Supt. Navamaney untuk berjumpa di pejabatnya di Tingkat 13, Bukit Aman. Tetapi saya beritahu bahawa saya terpaksa mendapat kebenaran daripada Pengarah JSJK terlebih dahulu sebelum boleh berjumpa beliau. In sepatutnya di fahami oleh Supt. Nava kerana saya adalah seorang pegawai JSJK dan tidak boleh melanggar arahan pegawai atasan saya di JSJK.

12.              Pada 23/05/2007 jam 0950, saya telah berjumpa dengan YDH Dato’ Pengarah JSJK dan memberitahu tentang perjumpaan saya dengan YDH Tan Sri pada petang 22/05/2007 dan arahan untuk saya berjumpa dengan Supt. Navamaney, Bahagian Tatatertib. YDH Dato’ Pengarah memberi arahan supaya saya tidak berjumpa dengan Supt. Nava sehingga Dato’ Pengarah JSJK memberi kebenaran.

13.              Pada 23/05/2007 jam 1030, saya menerima panggilan telefon dari Supt Navamany samada boleh berjumpa beliau sekarang. Saya maklumkan bahawa saya masih belum menerima arahan/kebenaran daripada YDH Dato’ Pengarah JSJK.

14.              Pada 23/05/2007 jam 1530, sekali lagi saya menerima panggilan telefon dari Supt Navamaney, dan saya maklumkan bahawa kebenaran/arahan masih belum diperolehi daripada YDH Dato’ PJSJK. Saya juga beritahu Supt. Navamaney bahawa saya akan hubungi beliau sebaik sahaja mendapat kebenaran daripada YDH Dato’ PJSJK.

15.              Pada 28/05/2007 jam 1030, ketika berada di Pulau Pinang, saya telah menerima SMS Supt. Nava bertanyakan bila boleh berjumpa dengan beliau. Saya membuat panggilan kembali memberitahu bahawa saya masih belum mandapat kebenaran/arahan daripada YDH Dato’ Pengarah JSJK, dan pada masa ini saya sedang menjalankan siasatan rasmi di Pulau Pinang.

16.              Adalah saya  mengatakan bahawa sebagai seorang pegawai polis, saya merasa amat tertekan bahawa tindakan saya mematuhi arahan pegawai atasan saya di JSJK dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan ceti haram dan membuat rakaman risikan ke atas OT Ong yang membabitkan nama Tengku dan untuk memperolehi maklumat mengenai ceti haram, terutama yang melibatkan sindiket di Johor dan Melaka, boleh menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian  Tatatertib.

Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.

DITANDATANGANI DAN DIIKRAR                             )

SESUNGGUHNYA oleh ASP Hong Kin Hock                       )

(G/10990) tersebut di atas di Kuala Lumpur              )

pada                  haribulan                          2007                     )

Di hadapan saya,

Pesuruhjaya Sumpah

(The original copy of the above was signed and personally delivered to Tun Dr Mahathir Mohamad by Raja Petra Bin Raja Kamarudin).


0 Responses to “Statutory Declaration of ASP Hong Kin Hock (G/10990)”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

Frozen lake

Chronique d'Angrignon | Harle couronné mâle | Parc Angrignon | Arrondissement Sud-Ouest | Montréal

'Beware the Facehuggers'

More Photos
June 2009
M T W T F S S
« May   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pages

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: