11
Jun
09

Statutory Declaration of Sarjan Mohd. Yasin Bin Malik (RF/89379)

Raja Petra Kamarudin

AKUAN  BERKANUN

Saya, Mohd. Yasin Bin Malik (K/P Polis No: RF/89379) yang beralamat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, Johor dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

1.         Saya bekerja sebagai seorang anggota polis berpangkat Sarjan (Sjn) di Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kluang, Johor (JSJ). Sebagai anggota JSJ, saya menerima arahan dari pegawai atasan di JSJ. Saya membuat Akuan ini demi menjaga keselamatan peribadi dan integriti saya sebagai seorang anggota polis berhubung tugasan dan siasatan yang saya lakukan dan arahan yang saya terima.

2.                  Pada Mac 2005 jam 0030, saya bersama PPKG C/Insp. Mohd Shah Bin Kamaluddin dan anggota telah melaksanakan tangkapan WTT terhadap Ah Chai. Ketika itu saya nampak Ah Chai menelefon seseorang (panggilan Dato’) dan bercakap dalam keadaan gelisah. Kemudian saya telah menyemak nombor telefon orang yang bergelar Dato’ tersebut dan saya dapati nombor telefon tersebut adalah kepunyaan YDH Tan Sri Ketua Polis Negara yang ketika itu adalah Timbalan Ketua Polis Negara.

3.                  Pada Mac 2005 jam 0200, ketika sedang menguruskan tangkapan terhadap Ah Chai di pejabat D7, IPD Kluang PPKG, C/Insp. Mohd Shah ada beritahu kepada saya bahawa seorang pegawai dari IPK Johor, DSP Tukiman ada menelefonnya dan mengatakan YDH Timbalan KPN meminta supaya Ah Chai dibebaskan pada malam itu juga dan meminta pendapat saya. Saya memberitahu kepada PPKG bahawa kita tidak boleh berbuat demikian kerana repot tangkapan telah dibuat. Semasa dalam perjalanan untuk menghantar Ah Chai ke penjara Air Molek, Ah Chai ada beritahu kepada saya yang beliau hanya akan menjalani sekatan selama 6 bulan sahaja. Saya dapati Ah Chai kelihatan tidak puas hati dengan saya kerana membuka kes fail keatasnya.

4.                  Pada 08/03/2006, saya menyertai pasukan serbuan terhadap premis bersama ASP Md. Yusof dan anggota dan telah berjaya menangkap 4 orang termasuk isteri kedua Ah Chai nama Than Lee Poey dan merampas peralatan perjudian ekor haram.

5.                  Pada 30/03/2007 jam 0100, Ah Chai bersama isteri keduanya serta PR nama Ah Chin telah ditangkap dibawah Sek 3(1) Ordinan Darurat oleh pegawai D7 IPK Johor, ASP Mior Fahim Bin Ahmad dan dibawa balik ke IPK Johor untuk ditahan di sama selama 60 hari bagi meneruskan siasatan.

6.                  Pada 08/04/2007, saya dihubungi oleh sumber memberitahu Ah Chai terlalu marah pada saya dengan menuduh saya membuka kes fail keatasnya. Sumber memberitahu bahawa group Ah Chai akan menukarkan saya ketempat lain.

7.                  Pada 07/05/2007, saya mendapat tahu melalui E-siar yang saya ditukarkan ke Bahagian D4, JSJ Bukit Aman.

8.                  Pada 09/05/2007, saya membuat rayuan pertukaran atas alasan untuk menjaga bapa saya yang sakit. Untuk itu, say tidak ditukarkan keluar dari Johor.  Saya meminta bantuan abang saya SM Tahir yang merupakan imam Masjid Bukit Aman untuk merayu bagi pihak saya supaya saya ditukarkan ke daerah Johor Bahru tetapi selepas 2-3 hari abang saya memberitahu saya dia telah berjumpa dengan pengawai tinggi di Jabatan Pengurusan dan menurut pengawai terebut arahan pertukaran saya telah dikeluarkan sendiri oleh YDH Ketua Polis Negara dan tidak boleh berbuat apa-apa. Pada 21/05/2007, saya dapat tahu melaui E-siar yang arahan pertukaran saya ke D4, Bukit Aman telah dibatalkan dan ditukarkan ke D6, JSJ, IPD Kemaman.

9.                  Pada 04/06/2007, saya berjumpa Sumber di bandar Kluang dan Sumber memberitahu sebelum arahan pertukaran saya ke Terengganu dikeluarkan dia bersama dengan kawannya telah pergi ke rumah YDH Tan Sri KPN dan semasa dalam perbualan tersebut sumber dengar bahawa YDH Tan Sri KPN beritahu yang SM Yasin akan ditukarkan ke Terengganu.

10.       Adalah saya mengatakan bahawa sebagai seorang anggota polis, saya merasa amat tertekan bahawa tindakan saya menjalankan tugas terhadap Ah Chai boleh menyebabkan saya dikenakan pertukaran yang memberikan gambaran negativ terhadap kerjaya dan integriti saya.

Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.

DITANDATANGANI DAN DIIKRAR                                         )

SESUNGGUHNYA oleh Mohd. Yasin Bin Malik                  )

(K/P Polis No: RF/89379)      tersebut di atas di Kuala Lumpur        )

pada                  haribulan                                     2007                      )

Di hadapan saya,

Pesuruhjaya Sumpah

(The original copy of the above was signed and personally delivered to Tun Dr Mahathir Mohamad by Raja Petra Bin Raja Kamarudin).


0 Responses to “Statutory Declaration of Sarjan Mohd. Yasin Bin Malik (RF/89379)”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

Frozen lake

Chronique d'Angrignon | Harle couronné mâle | Parc Angrignon | Arrondissement Sud-Ouest | Montréal

'Beware the Facehuggers'

More Photos
June 2009
M T W T F S S
« May   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pages

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: