17
Jun
09

ANGKATAN MUDA JADI GERAKAN ORANG TUA by HISHAMUDDIN RAIS

Empat usul lagi ialah mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun; memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa; memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti; menukar istilah bahagian kepada cabang, cawangan kepada ranting, majlis kepimpinan tertinggi kepada majlis pimpinan dan badan perhubungan negeri ditukar kepada majlis pimpinan negeri.

Pengarah Komunikasi, Jonson Chong, berkata dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan, pindaan itu diterima seperti peruntukan Perkara 31.1 perlembagaan PKR.

Dalam satu kenyataan, 941 perwakilan bersetuju dengan pindaan itu, 103 menentang dan sembilan lagi bersikap berkecuali “selepas pengiraan undi penuh emosi”. (malaysiakini)

ANGKATAN MUDA PKR ORANG TUA

Parti Keadilan Rakyat baru sahaja meminda dan mengubah perlembagaan parti untuk menjadi satu gerakan yang lebih demokratik. Ini satu yang amat baik. Tetapi demokratik bukan hanya pada perlembagaan. Perlembagaan parti adalah untuk menjadi rujukan dan semangat perjuangan.

Satu pekara yang amat menonjol ialah had umur Angkatan Muda – di turunkan dari 40 tahun ke 35 tahun.

Ini kerja bangang.

Satu Malaysia tahu sesiapa yang berumur 35 tahun BUKAN anak muda.

Tiga puluh lima tahun ialah umur orang tua.

Kalau di kampong sudah ada tiga anak. Kalau di zaman Jepun mungkin sudah ada menantu. Kalau kahwin janda telah ada anak lima.Tidak percaya? Sila tanya PM kita.

Bayangkan – kalau umur 30 tahun : Kalau sawit sudah empat kali tanam semula. Kalau getah sekerap pun tak ada lagi. Kalau pokok durian kampong sudah naik saka. Kalau pokok kelapa hanya berbuahkan mumbang.

Anak Muda ertinya mereka yang berumur 16 tahun hingga ke 25 tahun. Malah 25 tahun pun agak telah agak kotai.

Tidak ada anak muda yang dapat beridentifikasi dengan orang tua berumur 35 tahun. Ertinya Angkatan Muda PKR akan di pimpin oleh ORANG TUA.

Anak Muda telah bosan dengan orang tua. Dengan idea tua. Dengan perangai tua. Dengan gaya hidup tua. Umur 35 tahun bukan anak muda tetapi telah menjadi Mat Dangdut.

Anak Muda mahu di lihat cool. Mahu dilihat rock. Mahu mengubah dunia. Mahu melakukan apa sahaja yang MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH – bukan kah ini senikata lagu resmi PKR?

John Lennon mengubah dunia ketika berumur 23 tahun. Nabi Isa mengubah dunia ketika berumur 26 tahun. Karl Mark menulis Phd nya ketika berumur 19 tahun. Orson Wells membuat Citizen Kane ketika berumur 27 tahun. Ahmad Boestaman memimpin API ketika berumur 19 tahun. Ong Boon Hua aka Chin Peng memimpin warga Perak mengangkat senjata menggempur tentera Jepun ketika berumur 17 tahun.

Hanya Anak Muda yang boleh mengubah dunia.

Umur 35 tahun adalah Mat Skema.

Siapa agaknya diantara 103 yang menentang pindaan perlembagaan itu. Jika undian yang mementang datangnya dari anak muda – yakinlah tidak lama lagi AMK akan menjadi gerakan Mat Dangdut.

AMK wajib diubah untuk dinamakan Angkatan Masyarakat Kotai. (TT)

NOTA : Kalau tidak tahu makna kotai jangan jadi rakyat Malaysia. Pindah ke Saudi Arabia pergi jaga Makam Nabi.


0 Responses to “ANGKATAN MUDA JADI GERAKAN ORANG TUA by HISHAMUDDIN RAIS”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

Frozen lake

Chronique d'Angrignon | Harle couronné mâle | Parc Angrignon | Arrondissement Sud-Ouest | Montréal

'Beware the Facehuggers'

More Photos
June 2009
M T W T F S S
« May   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pages

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: