23
Jun
09

Bersatulah Wahai Ahli dan Pendokong Perjuangan PAS

Assalamualaikom wbth buat saudara-saudara,

Alhamdulillah Muktamar Tahunan PAS ke-55 yang baru selesai 7 Jun 2009 yang lalu adalah sebahagian amanah parti untuk mengadakan muktamar. Walau bagaimana pun pada tahun ini agak ada keistimewaan dan kelainannya.

Sebahagian besar kepimpinan jawatan tertinggi PAS telah bertukar dan pertukaran ini mungkin membawa kebaikan dan manfaat kepada ahli dan parti amnya. Walau bagaimana pun yang “menjadi juara” atau pemenang akan melaksanakan amanah yang begitu berat tetapi yang tewas tetap akan diiktiraf sebagai penyumbang kepada parti dan Islam.

Kebiasannya mana- mana pertubuhan siasah atau badan politik akan meneruskan agenda masing- masing memperkasakan parti termasuklah Parti Islam SeMalaysia yang kita cintai dan kita warisi semenjak penubuhannya pada 23 Ogos 1951.

Jika diimbas semenjak penubuhan PAS dianggotai oleh Ulama. Saya yakin tidak begitu ramai kalangan orang Melayu menyertai PAS seawal penubuhannta sebagai wadah perjuangan atau platform memperjuangkan Islam.

Tetapi kini atau sekarang ini PAS semakin dimintai dianggotai oleh golongan Ulama Radikal dan Professional. Malah PAS telah berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS bagi memperkukuhkan lagi sokongan bukan Islam di Malaysia.

Kelahiran PAS pada awalnya tidak lain tidak bukan mendaulatkan Islam di Bumi Malaysia berlandaskan kepada Sumber Al-Quran, Hadith, Ijma dan Ulama. Ramai di kalangan penggerak dan pendokong PAS terdiri daripada mereka yang menerima pendidikan agama dan ulama.

PAS seperti biasa terus memperjuangkan Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Hadith. Bukannya berlandaskan kepada teori akal semata- mata seperti yang yang di bawa oleh UMNO.

Pada PRU yang ke-12 yang lalu sekali lagi PAS telah diberi mandat mengekalkan pemerintahan di Negeri Kelantan buat kali yang kelima semejak piliharaya tahun 1990 dan ketika itu jika diimbau PAS bersama gabungan Parti Melayu Semangat 46, Hamim dan Berjasa. Malangnya atas sikap tidak yakin dengan kekuatan Gagasan Pembangkang Semangat 46 mengistyiharkan pembubarannya sehinggakan ramai di kalangan pemimpin kanan Parti S46 menyertai UMNO.

Sebelum PRU ke-12 Kerajaan PAS Kelantan hanya mempunyai kelebihan satu kerusi DUN walau bagaimana pun atas Keyakinan dan Istiqomah seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) PAS yang cuba ditawarkan dengan pelbagai ganjaran duniawi oleh pihak lawan tidak sedikit pun termakan dengan pujuk rayu itu. Di bawah pemerintah dan Amirul Mukminin yang disenangi semua lapisan masyarakat PAS dapat mengekalkan kemenengan seterusnya pada PRU ke-12 yang lalu.

Alhamdulillah atas Iltizam dan Keyakinan yang tinggi serta Muhasabah yang tinggi, PAS Kelantan berjaya mengekalkan pemerintahan di Kelantan bagi penggal kelima. PRU yang ke-12 juga memperlihatkan empat negeri yang dikuasai BN-UMNO dan Gerakan jatuh kepada Pakatan Rakyat(yang ditunjangi PAS, PKR dan DAP).

Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan Kerajaan di Pulau Pinang dikuasai oleh gabungan utuh DAP dan PKR. Di Kedah(Negeri Jelapang Padi) dikuasai dan didominasi oleh PAS dan PKR. Di Selangor ditadbir oleh PKR, DAP dan PAS manakala Perak dikuasai Pakatan Rakyat di mana PAS diberikan kelebihan walaupun mempunyai enam kerusi DUN sahaja menduduki kerusi Menteri Besar iany pertama kali dalam sejarah politik tanahair. Maka kemenangan dan mandat yang diberikan oleh rakyat dari pelbagai etnik dan masyarakat hendaklah dikekalkan sehingga PRU ke-13 yang mana proses pemilihan berasaskan kepada Sistem Pilihanraya yang sah.

Atas kerakusan dan ketidak selesaan menjadi pembangkan UMNO memainkan pelbagi isu untuk menjatuhkan kerajaan yang sah. Yang amat menyedihkan tragedi Rampasan Kuasa di Perak telah berlaku apabila Kerajaan yang sah melalui proses piliharaya telah dinafikan haknya mentadbir. Atas sikap dan kedurjanaan tiga orang bekas ADUN DAP dan PKR bermulalah bibit RAMPASAN KUASA.Mereka ini memang cemburukan pentadbiran Berkebajikan dan Sejahtera Pakatan Rakyat.

Dan dalam masa yang sama selepas Muktamar PAS yang lalu ada pihak- pihak luar mempermainkan isu dengan melaga-lagakan pimpinan PAS supaya terus bercelaru dengan pelbagai isu antaranya Kerajaan Perpaduan. Sehinggakan isu kerjasama UMNO-PAS yang dicetuskan oleh pemimpin-pemimpin UMNO telah mencalarkan sedikit dairi PAS. Pelbagai pihak dalam PAS menentang rancangan jahat itu. Akhirnya atas kebijaksanaan pemimpin kanan PAS telah mengembalikan keyakinan ahli dan pendokong PAS.

Oleh itu sebagai ahli dan pendokong Perjuangan PAS marilah kita bersatu di bawah Perjuangan Mendaulatkan Islam dengan tidak bersekongkol dengan musuh politik yang mana mereka ini sepanjang masa mencari helah untuk merosakan ukhuwah dan siraturrahim ahli- ahli di dalam PAS dan Pakatan Rakyat.

Jadikan rampasan kuasa di Perak sebagai iktibar dan asas utama untuk menolak UMNO supaya PAS sentiasa berada di landasan yang betul dengan tidak terpengaruh dengan pihak luar yang kononnya membangkitkan isu- isu kepentingan Melayu dan Ummah atau tujuan berbaik-baik. Tanggungjawab kita(PAS) bukan untuk menjaga hati UMNO. Tanggungjawab kita untuk menjaga maruah Islam daripada dicemarkan oleh sebilangan pemimpin yang berpura- pura membawa slogan Kepentingan Ummah.

Sedarlah wahai saudara-saudaraku terutama ahli dan pendokong PAS di semua peringkat samada pusat, kawasan dan cawangan termasuklah ranting Pemudanya, Muslimatnya waima Pengurusan Ulamanya kembalikan keyakinan ahli di dalam PAS dan rakan- rakan kita di dalam PR.

Mari kita sedarkan dan hapuskan niat jahat perosak di dalam PAS dan kita bersihkan mereka daripada rasukan syaitan bertopeng Islam semoga kita semua berjuang atas landasan yang betul semoga ianya mendapat Kerahmatan dariNya(Allah SWT).

TAKBIR! TAKBIR! TAKBIR !


0 Responses to “Bersatulah Wahai Ahli dan Pendokong Perjuangan PAS”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

Pueblo Bonito, Chaco Canyon

The Aged and the Ageless

Photonic Symphony

More Photos
June 2009
M T W T F S S
« May   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pages

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: