30
Jun
09

Fauzi vs Aziz / PAS vs UMNO

images

Penamaan Calon Pilihanraya Kecil(PRK) N41 Manek Urai akan menyaksikan diramalkan menyaksikan pertembungan dua orang calon iaitu Hj Mohd Fauzi Abdullah merupakan Bendahari PAS Kawasan Kuala Kerai. Hj Mohd Fauzi Abdullah adalah anak tempatan dan dilahirkan di Kawasan Kuala Kerai. Diberitakan Hj Fauzi atau nama panggilannya Abang Uji dikenali ramai di kalangan masyarakat Kuala Kerai terutama di DUN Manek Urai.

Sifat peramah dan senang didampingi seakan- akan menyerupai bekas Wakil Rakyat PAS Manek Urai sebelum ini Allahyarham Ismail Yaakob.

Pilihanraya Kecil Manek Urai diadakan berikutan kematian Wakil Rakyat Manek Urai Hj Ismail Yaakob pada Mei lalu.

Jika dilihat sejarah PRU di Kelantan Manek Urai merupakan kerusi DUN di bawah Parlimen Kuala Kerai yang dimenangi oleh PAS melalui calonnya Ismail Yaacob semenjak 1986. Pada PRU(2004) calon PAS Zamzuri Mat Lazim tewas di tangan BN dengan majoriti tipis iaitu kurang daripada 54 undi. Pada PRU(2008) sekali lagi Ismail Yaacob telah diamanahkan untuk bertanding merampas kembali kerusi DUN Manek Urai dan berjaya memenangi kerusi tersebut dengan memperolihi 5,746 undi dan meraih majoriti 1,352 undi menewaskan calon BN iaitu Mohamed Zulkepli Omar.

Kali ini BN melalui calonnya dari UMNO meletakan Tuan Aziz Tuan Mat sebagai calon untuk menentang calon PAS pada PRK yang dijadualkan pada 14 Julai 2009. Tuan Aziz, 39 tahun merupakan Pengurus Bahagian Pemantauan Projek Kesedar.

Menarik perhatian di sini oleh penganalisis politik tanahair dan pemerhati politik senario politik di Kelantan adalah amat berbeza dengan negeri- negeri lain. Cuma ada kesamaannya di beberapa pilihanraya kecil terutama dua PRK iaitu Parlimen Terengganu dan Permatang Pauh. Kedua- dua kawasan parlimen tersebut dimenangi oleh calon PKR dan PAS yang merujuk kepada anak tempatan. Di mana calon Kerusi Parlimen Parlimen Pauh yang dimenangi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semenjak 1982 kekal diwarisi oleh Datin Seri Wan Azizah semenjak PRK 1999 sehingga PRU(12) yang lalu. Pada PRK yang lalu Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali menang dengan majoriti besar di parlimen tersebut mungkin disebabkan YB Datuk Seri Anwar anak tempatan dan mangsa kezaliman UMNO di atas tuduhan liwatnya. Bagi Parlimen Kuala Terengganu pula calon PAS Tn Hj Mohd Abdul Wahid Endut yang juga orang tempatan Kuala Terengganu berjaya diketengahkan pada PRK lalu apabila berjaya menewaskan calon UMNO yang juga bekas Timbalan Menteri, Senator Datuk Wan Farid. Beliau juga adalah anak tempatan tetapi tewas di tangan calon PAS. Mungkin pengundi di Kuala Terengganu mahu menukar selera dan landskap politik di Kuala Terengganu mengalami perubahan berikutan kematian Wakil Rakyat Parlimen tersebut Datuk Razali.

DUN Manek Urai akan menyaksikan pertembungan yang hebat di mana kedua- dua belah pihak akan berkempen menghangatkan suasana kempen bermula 7 Julai 2009 sejurus Hari Penamaan Calon. Isu Royalti Minyak Kelantan juga akan menarik perhatian kepada para pengundi di Manek Urai(merujuk Royalti Minyak Kerajaan Kelantan). Kelantan adalah pengeluar gas asli ini disahkan oleh laporan akhbar baru- baru. Para pengundi di Manek Urai terdiri pelbagai peringkat umur adalah rakyat yang bijak dan mereka boleh menilai yang mana ‘kaca dan yang mana permata’.

Isu Kerajaan Perpaduan dijangka menghangatkan kempen di Manek Urai. Isu ini akan ada kelebihan kepada kedua- dua belah pihak samada PAS atau pun UMNO. Penolakan PAS dan menutup pintu perbincangan untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan antara PAS-UMNO adalah langkah bijak yang dibuat. Keputusan tepat majoriti Majlis Syura dan Kepimpinan Tertinggi PAS adalah tepat bagi mengatasi kemelut yang diwar- warkan oleh UMNO bertujuan memecahbelahkan perpaduan PAS dan Pakatan Rakyat yang melabelkan ‘Penyatuan Melayu dan Umat Islam’ sebagai alasan bekerjasama. Walau pun idea penubuhan ini adalah Idea Presiden PAS tidak bermakna idea ini diterima oleh semua pihak di dalam PAS dan Pakatan Rakyat. Pelbagai pandangan telah diambil perhatian dan akhirnya pimpinan PAS matang dalam membuat keputusan.

Di pihak UMNO dan BN akan memainkan seberapa banyak tohmahan kepada PAS. Pelbagai tuduhan akan dibuat oleh mereka bagi mengaibkan PAS dan Pakatan Rakyat pada PRK Manek Urai.

Walau bagaimana pun jika dilihat mutakhir ini isu yang lebih sensasi akan mendapat perhatian pengundi antaranya kenaikan harga barang, ketidak ketelusan UMNO-BN mengatasi rasuah, sistem kehakiman, kegagalan projek antaranya keruntuhan sebahagian Stadium di Kuala Terengganu, Rampasan Kuasa di Perak dan banyak lagi isu yang akan mematangkan pengundi Manek Urai.

Sebagai pemerhati kita lihat laporan- laporan akhbar dalam tempoh dua minggu dari sekarang dan kita berharap calon PAS mendapat sokongan bagi menyebarkan Syiar Islam di Manek Urai.


0 Responses to “Fauzi vs Aziz / PAS vs UMNO”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

Frozen lake

Chronique d'Angrignon | Harle couronné mâle | Parc Angrignon | Arrondissement Sud-Ouest | Montréal

'Beware the Facehuggers'

More Photos
June 2009
M T W T F S S
« May   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pages

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: