Archive for the 'Hishamuddin Rais' Category

04
Sep
09

TUJUH MITOS TUJUH PENIPUAN

Active Image

Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini  memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta.

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat.

Contoh mitos : Raja di katakan jelmaan tuhan. Ini adalah  mitos bertujuan untuk membodohkan kaum tani agar mereka   memberikan tanamanmereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja. Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah lepas satu – satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang  melahirkan perbezaan  hanyalah mitos.

Contoh mitos : Pokok itu berhantu. Pokok itu  wujud  dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu  tidak wujud. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut maka  kita akan mencari perlindungan. Peranan untuk melindungi kita  dari hantu  ialah bomoh dan dukun.  Akhirnya kita tunduk pada  kuasa bomoh dan dukun.

Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi didalam gua ini ada hantu  – adalah nasehat yang bersalurkan penakutan. Nasihat ini baik  kerana cuba menjaga keselamatan. Ianya juga tidak baiak kerana asasnya satu pembohongan.

Hari ini mitos masih cuba di wujudkan – tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak  direka.   Mitos seperti  angkasawan Neil Armstrong  turun ke bulan terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain – semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka.

Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan  dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal Tuhan maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk – walhal kalau Raja Jepun ini makan petai – kencing dia tetap haring. Kalau Prince Charles tercirit baunya tetap busuk.

Lawan  mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca dari tiga sumber. Pertama : Pengumpulan pengalamnan. Kedua: Kaji selidik. Ketiga : Ujian dalam bilik makmal.

Mitos ini akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan  dapat membuktikan sama ada ianya mitos atau fakta. Jika  sesutu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau slah maka ianya masih di tahap teori.  Satu ketika dahulu  Letupan Besar/ Bing Bang hanya satu teori – hari ini telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat dibuktikan teori ini.

Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari satu zaman ke satu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan.

Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini  memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..

MITOS PERTAMA:

Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHING. Sabah ,
Serawak, Singapura  dan Pesekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan
Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada
9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Serawak.

MITOS KE DUA :

Merdeka  dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG.
Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah
Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National
Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays
National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

MITOS KE TIGA :

Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya,
Angkatan Pemuda Insap, Anakatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta,
Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat
senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa
angkat senjata British tidak akan undur.

MITOS KE EMPAT :

Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan
ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre
Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar
menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi – Radio Repuklik Indonesia
memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan
British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

MITOS KE LIMA :

Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat
bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled
–Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di
ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya lihat Jalur Gemilang tidak
ada motif  Nusantara/Melayu – warna merah dan puteh adalah motif
Nusantara – merah darah rakyat – puteh hati rakyat.Motif Nusantara ini
wujud dalam bendera Singapura dan Indonesia.

MITOS KE ENAM  :

Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak
pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak
mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan
China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.

Mito perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu
dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka
akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong
takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu.  Ini cara
klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai
takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays
National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkan
kerena gerombolan ini.

MITOS KE TUJUH:

Malaysia negara unik. BOHONG. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini  bertujun untuk menunjukkan  hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

TEKNOLOJI  PECAHKAN MITOS

Lihatlah betapa teknoloji dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini.  Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.

Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemedekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai pecah. Dokument-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.

Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos mitos yang lapuk dan berkarat ini.  Teknoloji akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh mitos-mitos. Tanpa mitos manusia akan jadi berani. Insan yang berani  bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional.

15
Aug
09

KALAU DIA BOLEH TABUR PAKU – DEPA LAGI BOLEH TABUR VIRUS

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor bagitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini. Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan : (1) mengurangkan penduduk dunia; (2) menjual ubatan.

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motorsikal ada paku-paku tajam di taburkan. Ini untuk tujuan membocorkan tayar. Tidak berapa jauh dari itu ada iklan – tukartiub.

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di penurun jalan sesudah terowong lebuh raya Karak – sering minyak ditaburkan. Pernah keretanya tergelincir sekali. Tidak jauh terowong ini ada lori tarik kereta menunggu.

Ini adalah contoh taktik untuk menjalankan perniagaan. Ini cara untuk mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan yang menjadi rukun iman ialah keuntungan. Semua yang berniaga ingin mendapat untung. Lebih banyak untung lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 26 orang warga negara kita telah ditewaskan oleh virus H1N1. Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua ini?

Pada tahun 1963 – satu persidangaan telah diadakan di Iron Mountains tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika sedang bertarong di Vietnam, Laos dan Kamboja.

Ini adalah persidangan para pemikir untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku perang.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan :

– Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum koprat
– Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial
– Melahir kan musuh sebagai strateji politik

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetic dan genocide dalam usaha untuk mengawal manusia untuk memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis. Disini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknolojibio akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada tahun 1970 telah keluar satu memo – National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini. Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Ini sebahagian dari memo yang ditulis oleh Henry Kessinger:

‘ There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers ( though apprently not recent migrants) may serve as a volotile, volient force which threatened political stability.

International relation – population factors are crucial in and after determinants of voilent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem. The complex social and economic factors involved call for comphrensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group.’

Dalam bahasa yang senang Henry Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota – sebagai sampah dan perlu di kawal dan dibersihkan. Ini samalah dengar dasar ‘setinggan sifar’ yang selalu di warwar kan dalam negara kita ini.

Justeru – hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang bekait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat. Malah semua makmal penyelidikan ini kait mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana dari syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrek dari Jabataban Pertahanan Amerika.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka ialah untuk membuat keuntungan maksima. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan perniagaan untuk mendapat untung.

Syarikat ubat benabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – ini dasar kaum kapitalis.

Justeru jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, Hiv, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor bagitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini. Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan :

1 – mengurangkan penduduk dunia
2 – menjual ubatan

Tidak masuk akal ? Ini hanya teori konspirasi ? Ini pandangan gila Hishamuddin Rais?

Sabar dahulu. Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium – DU – sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat pensenjataan telah menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

Depleted Uranium atau DU ini dari apa yang diheboh-hebohkan adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak merbahaya kepada manusia. Ini bohong. Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.

DU akan melahirkan barah. Anak anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – dimana ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi. Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang bengkok. Bayi-bayi ini adalah gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknoloji kaum imperial Anglo-Amerika. Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut dari Hishamuddin Rais ? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga.

Betul. Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom. Ini adalah penyakit baru dimana pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 80’an dahulu para veteran Desert Storm di United Kingdom telah menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit. Ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir banyak yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan. Jangan hairan – kaum kapitalis – tidak memiliki hati perut. Apa yang penting ialah keuntung besar. Dan ini juga adalah selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains. Ini juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Henry Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka. Ini samalah seperti mengawal penduduk Kampong Kerinchi dari berpindah ke Country Height atau mengudam setinggan di Kampong Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tengku.

Juga hampir kesemua soldadu yang pergi berperang itu adalah anak-anak dari kelas bawahan. Mereka ini seperti kata Henry Kessinger adalah sampah yang akan membawa masaalah. Soldadu Amerika hampir 80% adalah berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang adalah cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah Bush sendiri telah mengelat dari pergi ke Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang telah ‘dibebaskan’ atau yang telah dibocorkan maka ternyata virus terbaru H1N1 ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia dibumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strateji itu.

Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan disini – atau menganggap ini hanya teori konspirasi – sila cari dan baca – ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan hal ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini telah keheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ini juga adalah pengiklanan besar dari kaum kapitalis. Untuk sementara waktu kita diberi tahu yang vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan – mula-mulanya – kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap. Sama seperti menaburkan paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Inilah sifat kapitalis. Inilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis – ubatan adakah untuk kesihatan bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis hospital adalah milik rakyat bukan untuk disawastakan. Dalam ekonomi sosialis perubatan adalah untuk semua bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyrakat sosialis umat manusia adalah penjana tamadun bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan bukan untuk keuntungan.

26
Jul
09

CERITA CERITA ORANG BIASA – GERSANG DAN MENGGURIS by HISHAMUDDIN RAIS

Selalunya jika bosan – aku akan ke Jalan Hang Lekir – terletak di hujung kaki Jalan Petaling. Disana ada sebuah kedai kopi yang selalu aku layan. Kopinya – secara jujur aku nyatakan – memang tidak menarik. Apa yang menarik ialah aku berkemungkinan meneliti orang keluar masuk – mundar mandir – dari Jalan Petaling – walau pun ini bukan jalan utama.

Melihat orang berjalan ke hulu ke hilir – pergi mudek – adalah ruang rehat yang paling nikmat. Sambil menghirup kopi pahit – sebatang demi sebatang keretek lari dari kotaknya untuk menerbus masuk ke dalam kerongkong aku. Ini dipayungi oleh cuaca petang yang ranum – mengingatkan aku kembali kepada cuaca petang ditepi pantai Telok Kemang.

Kawasan ini adalah wilayah kota kita yang tidak mengada-ngada. Kawasan yang tidak berangan-angan untuk berlagak meniru dan berperangai dengan memakai bedak gincu seperti kota Paris atau London. Kawasan ini meriah dan berencam dengan kekitaan yang melambang alam dunia ketiga. Ianya agak lekeh tetapi daerah hidup indah dengan berjiwa bugar.

Ada sebuah bar menebeng di tepi dinding – di gigi akhir Jalan Petaling. Ini adalah bar untuk mereka yang memang betul-betul tahu apa itu alcohol. Bar ini bukan untuk dilanggani agar dapat melihat atau dilihat baju yang dipakai atau feshen terbaru dari kota Milan. Di bar ini pelanggan datang untuk menikmati alcohol bukan untuk cantik dan bergaya.

Warga yang membeli belah di wilayah ini adalah pemakai dan pengguna setia segala bentuk barang tiruan. Mereka ini adalah pengguna setia barangan buatan buruh-buruh murah dari Tiongkok. Buruh-buruh yang gajinya tidak melebihi 5 ringgit sehari.

Entah bagaimana ianya bermula – tidak pula aku ketahui – daerah pusat kota yang ini – telah menjadi tempat jantan bertemu betina. Entah bagaimana surah sejarahnya daerah ini sedang menjadi tempat dimana dipertemukan lelaki gersang dengan perempuan bertubuh montok lagi gebu. Mungkin tarikan ulung – untuk mereka berkumpul dan bertemu – kerana wujudnya hotel-hotel murah yang berselirat di daerah ini.

Jantan-jantan gersang ini kita lihat saban hari membanting tulang membina bangunan-bangunan tinggi dalam kota kita ini. Kita melihat mereka dari jauh tetapi kita tidak pernah mengenali siapa mereka itu sebenarnya. Mereka ini adalah jantan jantan tanpa betina yang kita jemput memburuh di negara kita. Badan-badan sasa ini adalah warga setia daerah ini. Merekalah yang meraya dan menghidupkan daerah-daerah lekeh dalam kota kita ini.

Pelik tetapi benar – di daerah China Town ini bukan China Doll yang langsing dan ranggi yang berligar-ligar mencari pelanggan tetapi Mami-Mami India yang montok-montok. Pernah aku terfikir untuk bertanya berapa harganya jika aku melanggan badan mereka. Hingga ke hari ini – soalan dan harapan ini – masih tinggal harapan.

Satu masa dahulu – lima tahun dulu – daerah ini menjadi tempat berkumpulnya kaki kaki busuk dari Iran. Kenapa mereka berkumpul disini hingga ke hari ini masih menjadi tanda tanya yang tidak mungkin aku jawab. Ini kerana mereka – warga Iran ini – telah hilang dari penglihatan. Tempat mereka ini telah diambil alih oleh Mami-Mami India.

Punggung aku bersantai di kerusi plastik sambil mata aku meliar melihat orang berjalan. Ada yang berdua, ada yang berkumpulan, ada dengan keluarga, ada awek dengan balak, ada minah dengan minah, ada mamat dengan mamat dan ada yang sendirian seperti aku yang datang untuk membunuh masa dan menunggu malam.

Sedang aku ngelamun sendirian seorang lelaki datang ke meja aku. Dia ingin menjual kertas-kertas rezeki agar aku menjadi kaya. Aku tersenyum lalu aku pelawa dia duduk. Dia enggan kerana dia sedang bekerja – beralih dari badan ke badan – menusukkan kertas-kertas rezeki ini.

Aku juga pernah berjudi dan aku tahu nimat berjudi. Tetapi aku tidak akan mengeluarkan dana untuk mengguris dan menang. Aku berjudi apabila aku melihat sang kuda memacu laju. Aku berjudi apabila aku melihat anak muda rancak menendang bola. Tetapi aku tidak akan terpengaruh untuk mengguris nasib aku tanpa asas yang dilanggan oleh fikrah aku.

Manusia dalam dunia ini penuh dengan mimpi-mimpi untuk melakukan sesuatu yang diluar keupayaan mereka. Inilah tabiat manusia.

Demi Zeus – aku teringat kepada Icarus – yang bercita-cita untuk terbang meninggalkan pulau tempat kelahiran nya. Icarus mati terdampar apabila lilin dikepaknya cair dipanah matahari. Kita semua ini adalah Icarus yang bermimpi ingin terbang meninggalkan asal usul kita. Ramai diantara kita akan terdampar mati sebelum kita sampai ke mimpi yang kita mimpikan.

Dia memaparkan kertas-kertas kaya itu ke hadapan meja aku. Aku menolak sambil ketawa. Dia tersenyum sama. Senyuman ini menjadikan kami berkenalan untuk sementara. Ini kali pertama aku melihat si lelaki ini. Atau mungkin Dia telah pernah aku temui di daerah lain.

Anaknya tiga orang. Satu ketika yang tidak lama dahulu Dia ada memiliki sebuah kedai kecil di Kota Raya. Dia menjual surat khabar, majalah, buku dan segala macam rokok. Sewa semakin meningkat dan pelanggan semakin berkurangan. Dia melambakkan waktu yang lama di kedai. Dia hanya memiliki waktu sebagai modal. Akhirnya Dia tewas. Dia diwajibkan mengosongkan kedai. Dia tidak lagi memiliki keupayaan untuk membayar sewa.

Lalu Dia melamar kerja untuk berjajan kertas kaya ini. Setiap keping kertas yang berharga 3 ringgit ini jika terjual Dia akan mendapat 60 sen. Aduh ! Berapa helai agaknya kertas ini akan terjual dalam sehari. Dia wajib mundar mandir sekeliling kota – menapak dari meja ke meja – dengan harapan ada kertas akan terguris. Kalau kota kita ini dipenuhi oleh penjudi seperti aku – penjudi rasional – maka mungkin Dia akan mati kebuluran.

Demi Zeus – nasib Dia agak baik. Dia tinggal bersama isteri dan anak di Jalan Alor. Dua bilik kecil yang didiami sewanya dibayar oleh tuan empunya syarikat kertas kaya ini.

Siapa agaknya tuan empunya syarikat kertas ini. Alangkah nikmatnya kehidupan tuan empunya syarikat ini. Betapa kecil modal perniagaannya. Pasti lebih murah dari sewa sebulan kedai runcit di Kota Raya. Apa yang perlu dimodalkan hanya mencetak kertas-kertas kosong dan menjualnya dengan harga 3 ringgit sekeping. Dalam seribu keping mungkin ada sehelai kertas yang diguris akan muncul angka untuk memenangi 100 ringgit.

Demi Zues – aku sedar – kertas-kertas kaya ini adalah satu impian warga kota. Kertas kecil ini adalah satu harapan untuk warga-warga miskin untuk menjadi kaya raya. Aku tahu – bukan satu kesalahan untuk bermimpi dan berangan-angan. Mimpi dan angan-angan ini hingga ke hari ini – dari apa yang aku tahu – masih lagi percuma dan belum dikotak untuk diswastakan.

Bayangkan hidup ini jika kita tidak dibenarkan bermimpi dan berangan-angan – betapa gersangnya hidup ini.

Dia meminta diri untuk meneruskan kerja. Mata aku kembali liar memerhati Mami dan Aci yang masih belum mendapat pelanggan. Petang telah berlarut. Jantan tanpa betina semakin ramai meleser. Lampu-lampu neon mula menyala untuk mengindahkan lopak-lopak jalan yang berlubang-lubang.

Mami dan Aci semakin dilihat cantik oleh panahan lampu-lampu neon yang bersinar. Dia telah hilang jauh dari penglihatan. Setiap orang yang berligar-ligar di daerah ini penuh dengan harapan dan mimpi. Ada yang mengguris rezeki. Ada yang mengangkang mencari rezeki. Ada yang berjaja mencari rezeki. Ada yang menunggu jantan gersang untuk membawa rezeki. Dan aku pun bangun sama beralih untuk mencari rezeki malam.

12
Jul
09

CERITA TENTANG DIA by HISHAMUDDIN RAIS

Aku pun berdiri di bibir jalan menunggu teksi. Sebuah teksi sampai – aku membuka pintu untuk masuk. Masuk ke dalam sebuah teksi samalah seperti memasuki sebuah dunia yang baru. Dua susuk yang tidak pernah berkenalan sepanjang hidup tiba-tiba akan bekongsi untuk sementara waktu dalam sebuah ruang yang sempit.

Seperti Stagecoach filem John Ford – manusia sering terperangkap dalam ruang dan waktu dimana mereka tidak memiliki pilihan – jika apa-apa berlaku.

Bila memasuki ke dalam teksi mata aku sering liar memerhati untuk meneliti siapakah susuk yang akan memandu aku pulang ke rumah. Mata akan perpandangan. Pemandu dan penumpang – dua susuk ini akan menilai baik budi manusia sebaik sahaja pintu kereta dibuka dan ditutup kembali.

Seenak sahaja punggung aku di atas tilam pandak maka mata aku liar mencari – apakah ada tasbih Masehi yang bergantungan sebagai cara untuk mejauhi diri dari diganggu oleh mata-mata yang sering bekeliaran mencari kesalahan. Adakah Patong Biksu yang berperut gendut terpaku di jubin kaca sebagai doa pembuka pintu rezeki yang lumayan. Atau tulisan-tulisan Jawi yang penuh dengan kata-kata Arab yang akan membawa harapan agar terselamat dari kemalangan.

Mungkin ada terselit gambar Gautama atau Isa anak Mariam dari Nazareth di tepi laci kereta. Semua ini adalah bahasa yang membawa tanda dan makna. Inilah kata-kata pengenalan dari pemandu kepada penumpang.

Sebuah teksi adalah sebuah dunia untuk si pemandu. Dalam ruang kecil ini dia menjadi saksi alam – dia melihat – dia makan – dia minum dan dia berehat. Ingatkan kembali kesah si pemandu yang benama Travis Bickle yang dimainkan oleh De Niro. Si Pemandu ini melayari seluruh kota New York di waktu malam ketika matanya menolak tidur. Travis meligari malam sehingga jatuh cinta dengan Jodie Foster.

Bila aku masuk ke dalam teksi aku melihat si pemandu – agak telah berumur – rambutnya setengah puteh. Aku cukup senang sekali apabila bersama dengan pemandu yang ramah. Tapi yang ini belum aku kenali ramah bahasanya. Jika pemandu ramah ertinya – perjalanan kami akan selesa walau pun jalan berasak-asak.

Biasanya – akulah yang akan memulakan surah dengan bertanya – dari mana tadi? Sebaik sahaja soalan ini keluar ertinya aku ingin berkenalan. Juga pertanyaan ini adalah tanda yang menyatakan bahawa aku tidak memiliki niat jahat – untuk menyamun atau merompak.

Dari cermin pandang belakang Dia memerhati muka aku. Dia menjawab. Lalu kami mesra bersembang. Dia telah memandu teksi selama 25 tahun. Dulu pernah menjadi pemandu kereta Tuan Mat Salleh – ini ketika Tanah Melayu baru merdeka. Mencuba kerja-kerja lain tapi gagal. Kota ini adalah dunianya. Memandu adalah ilmunya. Ada lima anak – tiga telah berumah tangga. Dia telah menjadi Datuk. Kini tinggal dengan isteri dan dua anak di Puchung.

Dia bertanya tentang aku. Lalu aku terangkan – aku tinggal dengan tiga ekor kucing dan saekor anjing. Dia ketawa. Setiap kali aku mendapat soalan ini maka inilah jawapan yang akan aku berikan. Biasanya jawapan aku ini akan disusul dengan satu lagi petanyaan – kenapa tidak kahwin. Maka aku akan menjawab – aku belum cukup modal. Dia ketawa lagi.

Lalu aku pula bertanya apakah ini teksi sendiri. Dia menerangkan – bukan. Dia menyewa teksi ini. Dia tidak memiliki permit untuk memiliki sebuah teksi. Setiap hari Dia wajib membayar 35 ke 40 ringgit kepadaa tuan empunya. Lalu Dia bercerita – empat jam awal kerjanya – ke hulu ke hilir di sekeliling kota – bukan untuk dirinya. Dia wajib menyediakaan 40 ringgit dahulu sebelum dirinya sendiri mendapat upah.

Kini Dia menyatakan kerisauan – harga minyak naik – harga barang makanan naik. Dan bila hujan datang rezeki bertambah sempit. Kereta yang berpusu-pusu di dalam kota akan menjadikan Dia kehilangan banyak waktu. Pernah dan semakin selalu Dia hanya mendapat 15 ke 50 ringgit sehari. Tetapi si empunya teksi masih wajib dibayar sewanya dengan penuh. Ertinya Dia terhutang.

Banyak teksi yang aku naiki – semua pemandu berkesah sademikian. Amat jarang aku temui si pemandu yang juga si pemilik. Siapakah agaknya si pemilik teksi ini. Syarikat siapakah tuan empunya teksi-teksi yang berselirat dalam kota kita ini. Alangkah lumayannya hidup tuan empunya teksi – tidak perlu bekerja – tidak perlu berhempas pulas. Hanya mengutip sewa.

Di jubin kereta aku ternampak wajah Ganesha – terlekat. Ketika aku kecil aku cukup hairan dengan wajah ini – lelaki berhidungkan belalai gajah. Kali pertama aku melihat muka ini – ketika aku belum bersekolah lagi. Ketika itu tanah melayau ini masih dimiliki oleh orang puteh. Aku ternampak ‘manusia-gajah’ ini di kotak bedi – rokok daun – dari India. Bila aku mendewasa barulah aku sedar bahawa nama ‘manusi-gajah’ ini ialah Ganesha – jelmaan seorang dewa yang akan membantu umat manusia dalam kesusahan.

Demi Zeus – inilah sifat manusia – mereka menyatakan terima kaseh dengan pelbagai cara. Di dalam bilik teksi yang sempit pun mereka bersujud kepada Yang Esa. Lorong-lorong hidup di bumi ini berselirat dan berselerak – semuanya menuju ke kota yang sama.

Kemudian aku teringat tentang satu berita yang baru aku baca: bahawa kerajaan telah menghebahkan satu dasar teksi yang baru. Semua teksi akan menjadi – pemandu/pemilik. Lalu aku surahkan berita baik ini kepada Dia.

‘Sekarang umur telah 62 tahun… apa saya boleh buat lagi. Kalau saya muda dahulu… bagus… sekarang nak pandu lima jam satu hari pun susah.’

Aku senyap apabila mendengar jawapan dari Dia. Bayangkan selama 25 tahun Dia memburuh – membanting tulang – tidak pernah mendapat kesenangan. Baru aku sedar umurnya telah 62 tahun. Dia lahir sebelum negara ini wujud. Dia lah warga asli pribumi tanah ini. Tapi Dia masih lagi mewajibkan dirinya memandu untuk mencari makan.

Teksi membelok ke lorong rumah aku. Aku pun sampai. Membayar tambang dan Dia beredar. Apabila teksi itu meluncur maka disitulah berakhirnya persahabatan kami. Aku jarang akan menoleh lagi. Sesudah membayar tambang aku menapak pulang.

Aku sedar tidak mungkin aku akan bertemu sekali lagi dengan Dia. Aku cukup yakin yang kemungkinan untuk bertemu sekali lagi cukup tipis kerana selama lebih sepuluh tahun – aku sering menggunakan khidmat teksi – hanya sekali aku berpeluang memasuki kembali teksi yang sama.

Aku tidak tahu berapa jumlah teksi dalam kota kita ini. Pasti banyak. Ini menjadikan pertemuan kali kedua amat susah. Mungkin juga si pemandu beralih pekerjaan. Mungkin beralih kawasan. Atau seperti Dia – jika umur telah larut – memandu teksi – adalah satu pekerjaan yang maha berat.

Bila aku menaiki tangga rumah aku teringat bagaimana sebahagian besar hidup Dia adalah di dalam teksi. Lapan jam atau dua belas jam sehari Dia beligar-ligar dalam teksi. Kalau di campurkan semua waktu itu berapa tahun agaknya dari jumlah 62 tahun hidupnya di atas bumi ini.

05
Jul
09

BAGAIMANA PEMODAL ANTARABANGSA MERANCANG by HISHAMUDDIN RAIS

Pada tahun 2004 John Perkins telah menulis Confession of an Economic Hit Man – Pengakuan Tukang Pukul Ekonomi. Buku ini melakar bagaimana Perkins direkrut oleh National Security Agency (NSA) untuk menjaga kepentingan kaum pemodal antarabangsa.

Untuk menghalalkan tugas – Perkins – telah dimasukan bekerja disebuah syarikat konsultan ekonomi. Ini hanyalah baju yang dipakai oleh Perkins kerana syarikat ini memiliki hubungan rapat dengan NSA. Sebagai penasehat ekonomi Perkins merayau-rayau ke Indonesia, Panama, Ecuador, Colombia, Saudi Arabia, Iran dan negara yang dianggap memiliki potensi ekonomi.

Tugas Perkins cukup enteng : dia akan menasehatkan pemimpin negara-negara ini untuk membuat projek-projek mega ( seperti projek Bakun). Perkins tidak memiliki masaalah untuk bertemu dengan pemimpin politik negara-negara Dunia Ketiga. Ini kerana Perkins sedar bahawa pemimpin negara-negara ini apabila mendengar ada Mat Saleh ingin bertemu mereka maka mulut dan buntut mereka ternganga luas.

Perkins akan dijemput untuk menghadiri pelbagai seminar dan mesyuarat ( seperti Invest Malaysia 2009) dan dijemput dalam perbincangan percambahan pendapat. Akhirnya Perkins akan membuat dan mengajukan kertas-kerja dan cadangan untuk memunculkan projek mega. Dalam masa yang sama melalui Perkins – Bank Dunia atau IMF atau bank-bank lain akan bersiap sedia mengeluarkan dana.

Projek mega ini adalah cara ‘merasuah’ para pemimpin dan kroni para politikus Dunia Ketiga. Projek-projek ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan ekonomi warga negara itu walau pun dengan lunak Perkins akan menggambarkan bagaimana projek mega ini akan memberi manafaat untuk rakyat. Ini hanya kelentong.

Kontrektor-kontrektor projek, pekakas pembuatan – semuanya didatangkan dari nasehat Perkins. Projek ini akan menggunakan pakar-pakar ‘Mat Saleh ‘ yang dibayar dengan lumayan berbanding dengan pakar tempatan. Perkins melahirkan pekerjaan untuk para Mat Saleh yang di panggil ‘expert’.

Dalam masa yang sama Perkins cukup sedar banyak dana ini akan masuk ke dalam poket para pemimpin negara ini. Ini adalah sebahagian dari strateji Perkins. Ini perangkap yang sengaja dipasang.

Sedikit demi sedikit negara ini akan terhutang dengan lembaga-lembaga bank antarabanga – IMF, World Bank, Europen Bank dan pelbagai lembaga dana yang bekerja erat dengan Perkins. Bunga dan hutang ini akan meningkat. Ini menambahkan lagi beban negara.Perkins akan mengusulkan cara terbaik untuk mencari dana agar dapat membayar hutang dan bunga.

Cadangan Perkins : subsidi dihapuskan. Barangan kawalan makanan dilupuskan. Impot dibesarkan. Barangan ekspot dimurahkan. Nilai ringgit dikurangkan dengan alasan akan menarik orang luar membeli barangan ekspot.

Akhirnya – akan sampai satu masa – dimana hutang bagitu menjerut untuk negara ini. Maka Perkins akan ‘ menasehatkan’ para politikus agar Pertamina memberikan hak untuk Exxon cari gali di Ambalat – mislanya yang terjadi di Indonesia. Ini perangkap awal.

Jika pemimpin politik ini memiliki perasaan nasionalisma dan enggan tunduk atau berdegil maka akan di hantar apa yang di panggil ‘ The Jackals’. Mosaddeq di Iran menjadi mangsa pada thun 1953. Presiden Guatemala pada tahun 1954 menjadi mangsa agar bumi negaranya selamat untuk dijadikan ladang pisang United Fruits Company. Sukarno pada tahun 1965. Ecuador pada tahun 1981.

Mari kita melihat kes klasik sejarah Terusan Panama yang telah dimilik negarakan oleh Omar Torrijos pada thun 1977. Kemudian pada July 31, 1981 kapalterbang yang dinaikinya meletup di udara. Sesudah Torrijos mati Amerika kembali mendapat hak untuk meletakan tenteranya di Terusan Panama. Khalas.

Di negara kita sendiri pekara yang sama pasti berlaku. Dasar Ekonomi Baru yang dilakar oleh Razak Hussein telah mengenepikan kepentingan pemodal antarabangsa. Kaum pemodal ini merasa kurang senang dengan dasar ini. Melalui media dunia mereka terus mempertikaikan dasar ini.

Dasar ini juga di kritik oleh kapitalis nasional dan kapitalis komprador yang suaranya diwakili oleh MCA. Ketika itu air, api, talikom, universiti, jalan raya, hospital, tanah Felda, Felcra, SEDC – semuanya adalah milik orang ramai i.e milik negara.

Kritikan dasar ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Maj Jah peniaga warong di Gombak atau Pak Huseing pembuat budu di Pengkalan Chepa. Kritikan ini datang dari kaum kapitalis yang tidak dapat membuat keuntungan maksima.

Apabila Mahathir naik semua ini diubah. Untuk mendapat sokongan kapitalis komprador dan kapitalis nasional: baca pemodal Cina – Mahathir telah menswastakan harta rakyat ini. Maka gembiralah dan berkundurilah kaum kapitalis ini. Harta kekayaan mereka bertimbun tambah. Laporan terbaru membuktikan bagaimana 58 bilion ringgit harta negara di sawastakan hanya 2 bilion ringgit sahaja yang menjadi milik Melayu.

Mahathir naik tocang apabila dinobatkan oleh kaum pemodal ( kaum pemodal Cina) sebagai penjana pembangunan. ( Ini tidak ada sangkut paut dengan Mak Cik Limah di Felda Chomomoi atau Haji Timah tuan punya warong di Senawang.)

Dasar Ekonomi Baru ini hakikatnya adalah dasar ekonomi kapitalis yang penuh dengan percanggahan. Dasar ini bercita-cita untuk memunculkan ‘zaibatsu’ Melayu/Bumiputera. Ini hanyalah mimpi tegang yang tidak pancut-pancut. Cita-cita ini tidak mungkin tercapai hingga bumi meletup. Kalau tupai beranakkan gajah pun dasar ini tidak akan tercapai.

Dasar DEB ini tidak akan berjaya kerana dalam hukum ekonomi kapitalis – apa boleh jual akan di jual – apa yang boleh di beli akan dibeli. Dalam ekonomi kapitalis tidak ada agama atau bangsa. Setiap kali modal dilabor untuk Melayu ianya pasti akan bertalian dengan ekonomi Cina yang telah lama kukuh. Ini belum diambil kira rasuah.

Tidak mungkin semua orang Melayu/Bumiputera akan dapat di kayakan. Pemodal memerlukan buruh yang boleh diupah murah. Pemodal memerlukan pengguna untuk membeli. Kalau Melayu semua kaya siapa pula yang akan menjadi buruh di ladang sawit, penanam padi, penangkap ikan dan Minah Karan dan Mat Spana?

Dasar Ekonomi Baru ini hanyalah satu kelentongan/tipu helah dimana para politikus Melayu berkumpul membuat dasar atas nama Melayu. Dengan bersandarkan keMelayuan maka para politikus Melayu ini dapat ‘merembat’ harta negara.

Pada ketika DEB dimulakan pergaduhan Melayu/Bukan Melayu baru selesai. Kapitalis nasional dan kapitalis komprador tidak berani menyuarakan tentangan pada ketika itu. Mereka melihat dari jangka panjang kepentingan mereka lebih terjaga dengan dasar ini. Anggapan mereka cukup tepat. Siapa dia Lim Goh Tong, siapa dia Ananda Krishnan, siapa dia Vincent Tan ?

Dasar untuk menjadikan 30% harta kekayaan negara ini dimiliki oleh Melayu/Bumiputera adalah mimpi kosong dan dasar yang salah. Tidak perlu membuat kajian ilmiah – pergi sahaja keluar dari Kuala Lumpur dan lihat sendiri kehidupan orang-orang di kampong. Memang betul ada perubahan. Kalau dulu pada tahun 1974 di Kampong Chenor ( kampong saya ) tidak ada leterik dan air – hari ini telah ada.

Tetapi air dan leterik kini dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.. Hospital dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.. Sekolah dan univeristi dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.. Jalan raya dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Talipon dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Ini bezanya. Ini hakikat.

Dua minggu dahulu Najib telah membuat dasar liberalisasi. Perkataan LIBERALISASI ini perkataan hampeh. Ini perkataan putar alam bertujuan untuk mengelirukan kefahaman yang tuntas kepada orang ramai terutama kepada Mak Cik dan Pak Cik Felda. Leberalisai bermakna : Syarikat antarabangsa dibenarkan berniaga bebas dalam negara ini.

Dua hari dahulu Najib Razak telah mengubah satu jalur DEB. Kaum pemodal pasti akan mengalu-alukan dasar ini. Ertinya pasaran Malaysia terkangkang luas untuk di entot. Ertinya tidak ada lagi halangan untuk sesiapa sahaja memiliki harta kekayaan negara ini. ( Kalau saya kapitalis saya akan terpancut siang dan malam dan meleleh air liur melihat harta negara ini boleh dimiliki ).

Kenapa Najib membuat dasar baru ini ?

Cukup senang untuk memahaminya. Najib memiliki masaalah pribadi yang berat. Jangan silap baca ini tidak ada sangkut paut dengan berat badan isteri Najib. Berat di sini bermakna berat dari segi politik. Contohnya : Parti yang dipimpin oleh Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Retak retak kelihatan dalam gabungan Barisan Nasional. Dan paling menakutkan Najib apabila kaum kapitalis komprador dan kapitalis nasional: baca – pemodal Cina – telah menjauhkan diri dari Najib.

Dalam masa yang sama media antarabangsa terus menghantui Najib dengan kes pembunuhan Altantuya gadis cun dari Mongolia. Media luar ini adalah alat pembesar suara untuk memastikan kepentingan kaum pemodal antarabangsa terjaga rapi. Kuam pemodal antrabangsa ini telah lama ingin merembat harta kekayaan negara ini.

Hantu dan polong-polong puaka ini perlu dijaga.

Najib wajib melakukan sesuatu. Seperti Mahathir menswastakan harta negara untuk kaum komprador dan kapitalis nasional maka Najib Razak menswastakan seluruh bumi Malaysia ini untuk kepentingan kelas kapitalis dalam dan luar negara. Inilah hakikat dari dasar ekonomi yang akan dijalankan oleh Najib Razak.

Dimana Perkins Kaki Pukul sedang bersemayam?

Jangan risau si Perkins ini masih wujud. Perkins telah menghatar budak suruhannya dari Singapura. Lupa projek mega – Jambatan Ketiga ?

Perkins-Perkins ini mungkin ada jaringan dalam EPU. Si Perkins ini mungkin masih bersarang di Tingkat Empat atau ingin pindah ke tempat yang lebih tinggi seperti di Menara Petronas. Si Perkins sedang berselerak menjalankan tugas untuk memastikan kepentingan kaum kapitalis akan didahulukan.

Dasar Ekonomi Baru atau Dasar Pedekatan Baru ini semuanya TIDAK akan memberi apa-apa manafaat kepada rakyat biasa. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Gopal pemandu teksi dari Segambut. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan Swee Heng peniaga nasi Itek di Jalan Petaling. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan Hajah Limah pembekal kerepek ubi dari Sijangkang.

Rakyat biasa tidak berjudi di bursa saham. Rakyat biasa tidak tahu apa itu ‘pink form’. Rakyat biasa tidak memahami turun naiknya Nasdaq atau Index Heng Seng. Rakyat biasa mahu keselesaan dan bukan mahu di ikat dengan pelbagai gaya/cara – cukai/tol/bil hospital/bil air/bil api/ bil sewa rumah/cukai rumah – dimana mereka wajib dan dipaksa mengeluarkan duit yang tidak mereka miliki.

Dasar ekonomi terbuka dan terkangkang ini akan menjemput kapitalis antarabangsa – dengan alasan untuk melabor dan membawa modal. Ini betul-betul hujah dari kertas kerja John Perkins. Inilah cara yang digunakan oleh Perkins untuk memastikan sesebuah negara itu akhirnya akan dapat dijajah kembali.

Satu kerajaan yang baik adalah kerajaan yang berkiblatkan rakyat. Sebuah kerajaan yang adil tidak akan mempedulikan kepentingan kaum kapitalis kerana mereka menghisap darah warga negara. Dasar yang wajib dinobatkan ialah dasar dimana kepentingan ramai mendahului kepentingan pribadi. Kepentingan ramai menjadi nakhoda dan juragan.

Kerajaan yang adil ialah sebuah pentabiran yang telus dimana dasar ekonominya akan menobatkan kepentingan kaum buruh dan tani. Ini kerana dari tenaga kaum buruh dan kuam tani inilah munculnya modal. Modal muncul dari tenaga manusia. Modal bukan wang ringgit. Wang ringgit adalah tanda nilai tenaga dan fikrah manusia. Modal datang dari tenaga warga negara itu sendiri.

Modal bukan datang dari IMF atau Bank Dunia Bank. Duit dari IMF atau Bank Dunia itu adalah hasil rompakan dari tenaga buruh dan tani dari seluruh dunia.

Justeru dasar Menjual Felda mungkin dilihat dapat mengumpulkan modal. Awas! Menjual Felda samalah seperti Lebai Sudin di Kuala Nerang yang hanya memiliki sebuah rumah dan 3 relong sawah. Satu hari untuk membaiki atap rumahnya Lebai Sudin telah menjualkan 3 relong tanah sawahnya kepada …….

23
Jun
09

APA DIA YANG SEDANG BERLAKU DI IRAN SEKARANG by HISHAMUDDIN RAIS

Adalah salah kalau kita mengatakan bahawa tunjukan perasaan di Tehran dan kota-kota lain di Iran sebagai protest hanya tentang pilihanraya sahaja.

Hakikatnya Mahmoud Ahmadinejad telah menang.

Adalah juga salah untuk mengatakan bahawa tunjukan perasaan ini antara gulungan liberal yang menentang gulungan konservatif/kolot. Hakikatnya ke dua-dua kumpulan yang sedang bertelagah sama-sama mewakili theocracy yang kolot.

Mir Hossein Mousavi sebelum ini pernah menjadi Perdana Menteri dari 31 Oktober 1981 hingga 3 Ogos 1989. Kemudian jawatan perdana menteri ini telah dilupuskan.

Memang betul Amerika Syarikat semenjak dari zaman George W Bush telah menganjurkan dan mengeluarkan dana untuk membuat kerja kerja jahat terhadap Iran. Amerika telah menyokong kumpulan-kumpulan dan parti politik yang menentang kerajaan di Tehran. Ini memang tugas kuasa imperial Amerika.

Tetapi Mousavi dan Ahamadinejad TIDAK pro Amerika. Ini amat jelas. Mereka bukan boneka Amerika.

Amerika Syarikat masih dianggap sebagai Setan Dunia oleh kelas pemerintah di Iran. Tidak ada pemimpin politik Iran secara terang terangan yang akan berani membuat dasar pro Amerika. Ini kerana sebab sejarah.

Pada tahun 1953 Mohammed Mosaddeq telah menang pilihanraya dan dilantik sebagai Perdana Menteri Iran. Mosaddeq yang menjalankan dasar nasionalis telah memilik negarakan semua telaga minyak Iran. Mosaddeg akhirnya telah ditendang keluar.

Rampasan kuasa menendang Mosaddeq ini adalah perancangan CIA. Setelah Mosaddeq ditendang syarikat minyak Anglo-Amerika telah dibawa masuk kembali. Untuk gantinya Shah Ahmad Reza Pahlavi telah di nobatkan oleh CIA sebagai Raja sehingga tahun 1989 apabila revolusi Iran melupuskan sistem beraja di Iran.

Ini fakta saheh. Pada 4hb Jun 2009 yang lalu Barack Obama sendiri telah mengakui pekara ini dalam ucapan di Cairo. Ucapan Obama kepada ‘warga Islam’ dibuat dalam usaha Amerika ingin berbaik kembali dengan Iran.

Mari kita memahami siapa penyokong Ahmadinejad dan siapa pula penyokong Mousavi.

Semua yang menyokong Mousavi dan Ahmadinejad adalah orang Iran – Parsi. Mereka semua beragama Islam – Shiah. Hanya wujud kumpulan kecil di beberapa wilayah seperti di Baluchistan yang bermazhab Sunni. Mereka ini amat bersedia untuk menjadi khadam Amerika. Dua minggu sebelum pilihanraya di jalankan ada letupan bom di Zehdan – ibu kota Baluchistan. Ini kerja barua Amerika. Hakikatnya mazhab Sunni amat kecil untuk dapat melakukan apa-apa perubahan sosial.

Jadi apa sebenarnya yang berlaku di Tehran?

Semua analisa akhiranya menjurus kepada kepentingan ekonomi dan kelas.

Ahmadinejad mewakili gulungan bawahan – kaum tani di kampong-kampong dan kaum buruh di kota. Wajib difahami bahawa Iran bukan Tehran sama seperti Kuala Lumpur bukan Malaysia. Kaum tani dan kaum buruh ini telah dimanifestasikan melalui organisasi Basij. Basij asalnya adalah kumpulan anak-anak muda kampong dan anak muda msikin kota yang di rekrut ketika Iran dan Iraq berperang – 1980-1988.

Basij berasal dari kumpulan sukarela tetapi dua tahun lalu ianya telah diserap ke dalam pentabiran Ahmadinejad. Basij ini telah mendapat kontrek pembangunan, lesen-lesen dan menjawat lembaga-lembaga dibeberapa pusat pentabiran kerajaan yang ditubuhkan oleh Ahmadinejad. Lembaga ini samalah seperti SEDC ( State Economic Development Cooperation) yang ditubuhkan oleh PM Razak Hussein dahulu.

Ahmadinejad juga mendapat sokongan Pasdaran atau Soldadu Penjaga Revolusi. Ini adalah pasokan soldadu yang muncul di zaman Ayatolah Khomeini. Pasokan ini muncul sesudah revolusi untuk membersihkan tentera Iran dibawah Shah yang banyak menjadi talibarut Amerika. Pasokan Pasdaran ini mendewasa di kancah perang Iran/Iraq.

Basij dan Pasdran kini adalah asas sokongan yang amat kuat untuk Ahmadinejad di kawasan luar bandar dan kawasan miskin dalam kota. Kuasa ekonomi baru Basij yang telah dilembagakan ini mula menghakiskan dua kumpulan kelas ekonomi lama.

Kumpulan pertama adalah kelas borjuis industri/borjuis nasional yang di wakili oleh Rafsanjani seorang multi bilionaire. Rafsanjani – wakil kelas borjuis nasional – melihat dasar Ahmadinejad telah mengetatkan lagi sekatan ekonomi yang dilancarkan oleh Amerika terhadap Iran.

Rafsanjani towkay kacang Pastichio ini sedang melihat bertan-tan kacangnya tidak dapat di ekspot. Kelas ini juga ingin berkembang luas – dari borjuis nasional untuk menjadi pemodal yang besar – multinasional – untuk mencari pasaran di dunia. Mereka juga bercita-cita untuk menjadi kelas industri tetapi telah gagal kerana wujudnya sekatan ekonomi.

Kumpulan kedua pula adalah apa yang dikenali sebagai Bazaari – ini kelas lama yang mucul dari zaman feudal. Bazaari adalah peniaga tradisional. Kalau di Malaysia mereka ini adalah peniaga-peniaga China yang memiliki jaringan kedai-kedai perniagaan. Bazaari muncul sebagai kelas ekonomi yang kuat kerana mereka memonopoli dan mengendalikan jual beli di Iran. Ketika gerakan anti-Shah dahulu kumpulan Bazaari ini telah menyokong Ayatolah Khomeini sehinggkan Iran menjadi lumpuh dan Ahmad Reza Pahlavi lari.

Kelas Bazaari ini juga memiliki pertalian yang amat kuat dengan struktur Shiah yang berpusat di Qum. Mereka memerlukan satu sama lain. Gulungan agamawan di Qum memerlukan sokongan ekonomi/duit kelas Bazaari. Kelas Bazaari memerlukan fatwa untuk ‘menghalalkan’ apa sahaja perniagaan mereka – termasuk pelacuran yang ditafsirkan sebagai ‘nikah sementara’.

Kelas peniaga kecil ini melihat perniagaan di bazar mereka terbantut dan kelas mereka tidak dapat berkembang. Pelancung tidak masuk. Permaidani mereka tidak terjual dan tidak dapat di eksport. Kelas Bazaari/komprador – yang bergantung perniagan dengan peniaga luar – kini melihat barangan untuk jualan amat susah untuk di impot atau diekspot kerana sekatan ekonomi.

Justeru amat jelas ada pertentangan kelas disini. Ada pertentangan kepentingan ekonomi. Kumpulan borjuis lama – borjuis nasional dan kelas komprador yang di wakili oleh Rafsanjani/ Mousavi sedang bertempur dengan kumpulan ekonomi kelas baru – kapitalis daulah/ state capitalism – yang diwakili oleh Ahmadinejad.

Justeru ini membuktikan bahawa apa yang berlaku di Iran sekarang tidak ada sangkut paut dengan Islam, dengan mazhab Shiah atau dengan agama. Krisis di Iran hari ini adalah pertentang kelas dan perebutan ekonomi.

Jangan kita lupa – ada lagi satu kumpulan – kumpulan monarki – saki baki dari penyokong Shah Ahmad Reza Pahlevi. Mereka ini kelas feudal yang sedang mengelabah seperti polong tidak bertuan. Tuannya – Reza Pahlavi anak Shah – kini tinggal di Cairo kerana telah menjadi menantu Anwar Sadat.

Kumpulan feudal kelas elit atasan ini bersarang di bahagian utara Tehran – kawasan ini samalah seperti Bukit Kenny di Kuala Lumpur atau di Country Height Kajang. Kumpulan ini berkumpul di bawah tv satelit yang dimiliki oleh Reza Pahlavi yang dipancar dari Cairo.

Kelas feudal dan elit atasan – kumpulan Gucci dan Louis Vuitton – ini tidak ada sangkut paut dengan demokrasi. Mereka ini lintah darat yang hidup senang lenang bershopping dihujung minggu di London dan Paris di zaman Shah dahulu. Mereka ini sama dengan kaum keluarga anak beranak kroni-kroni Mahathir Muhamad. Mereka melihat ‘gaya hidup’ mereka menjadi kacau bilau sesudah berlakunya revolusi tahun 1979.

Jadi siapakah pula yang berdemo di jalan raya yang membantah keputusan pilihanraya?

Semua yang kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka tidak selari dengan dasar Ahmadinejad sedang turun bermandi darah di jalan raya. Mereka bersatu dibawah bendera dan slogan – Undur-Undur Ahmadinejad. Ini sama seperti slogan dizaman Reformasi (1998) ketika rakyat satu Malaysia berdemo untuk menjatuhkan Mahathir Muhamad.

Awas ! Dari semua kumpulan ekonomi ini adalah lagi satu kumpulan. Ini kumpulan anak-anak muda yang tidak memiliki kepentingan ekonomi atau kelas. Mereka inilah yang gugur di tembak oleh peluru Basij. Mereka inilah yang sedang bertempur dengan tentera dan polis rusuhan.

Anak- anak muda ini datang dari semua kelas. Mereka adalah kaum pelajar muda. Mereka juga adalah ‘penanam anggor’ yang tidak memiliki kerja dan masa depan. Mereka melihat Ahmadinejad sebagai musuh yang menggangu gugat gaya kehidupan muda mereka. Mereka adalah Mat Rock dan Mat Kool dari utara Tehran. Mereka juga adalah Mat Rempit dari kawasan miskin wilayah selatan Tehran.

Mereka sedang mendobrak segala nilai-nilai kolot yang menyusahkan kehidupan harian mereka. Mereka adalah generasi Myspace, Facebook dan Friendster. Ibu bapa mereka adalah Siti Internet dan Lebai Google. Bapak saudara mereka adalah Blogspot Dot Com. Mereka adalah pembuat filem di YouTube. Mereka adalah wartawan Sms dan Twitter. Mereka bermazhab Ali Shahriati. Mereka menganuti fahaman Mao, Lenin, Bakunin dan Che.

Seperti biasa anak-anak muda inilah yang menjadi barisan hadapan untuk membawa perubahan. Mereka jugalah yang sedang bermandi darah membuka harapan baru untuk Iran. Mereka ingin membebaskan Iran dari theocracy yang kolot.

Hakikatnya dasar Ahamadinejad dan dasar Mousavi tidak ada bezanya. Dasar ini ingin mentuakan naluri muda mereka. Ditahap sejarah pada June 2009 ini – anak-anak muda ini sedang berpayung dibawah lambang Mousavi kerana pekikan perjuangan yang dilaungkan oleh Mousavi.

Untuk sementara waktu ini Ahmadinejad adalah Presiden Iran yang terbukti telah menang dalam pilihanraya. Ahmadinejad akan terus berkuasa. Amerika Syarikat dibawah Barack Obama – untuk kepentingan berjangka panjang – tidak akan menggugat Iran.

Waspada! Iran memiliki tradisi perjuangan dan tamadun yang lama. Iran memiliki tradisi Tudeh yang memimpin kaum buruh di industri minyak. Iran memiliki tradisi Fedayeen Al-Khalaq. Iran memiliki tradisi Mujahideen Al-Khalaq. Iran memiliki tradisi tempur Shiah yang dinobatkan sebagai Islam Kiri oleh Ali Shariati. Tiga kumpulan inilah penyusun dan penjana awal revolusi Iran 1979 dahulu sebelum di ‘hijack’ oleh Ayatollah Khomenei yang dilihat oleh kuasa Anglo-Amerika pada ketika itu sebagai kuda yang lebih selamat.

Akhirnya anak-anak muda ini akan mengundur dan menilai kembali garis perjuangan mereka. Yakinlah dalam masa yang tidak lama akan muncul kembali satu pertempuran yang lebih tersusun. Anak-anak muda dimana sahaja didalam dunia ini akan berkumpul apabila terdengar pekikan perjuangan. Ini adalah sifat dan naluri anak muda. Anak –anak muda di Iran memiliki waktu untuk menunggu.

22
Jun
09

APA DIA KERAJAAN PERPADUAN by HISHAMUDDIN RAIS

Saya cukup senang hati melihat apa yang sedang berlaku di arena politik hari ini. Heboh heboh tentang kerjaaan perpaduan ini cukup baik untuk anak anak muda memahami politik.

Politik bukan agama.

Politik ialah perebutan kuasa. Kuasa direbut untuk mendapat kedudukan. Kedudukan untuk mendapat harta benda. Ini hakiki. Jangan cuba di alih-alih atau ditutup-tutup dengan tabir dan langsir.

Manusia memerlukan makanan – makanan ertinya ekonomi.

BerPolitik ialah merebut punca-punca ekonomi.

Zambry merebut kuasa dari Nizar kerana ekonomi. Khalid merebut kuasa dari Toyo kerana ekonomi. Hassan Ali cuba merebut kuasa dari Khalid kerana ekonomi. Guan Eng merebut kuasa dari Soo Khon kerana ekonomi.

Nasaruddin, Mustapha Ali dan Hadi ingin mendapat kuasa kerana melalui kuasa mereka akan mendapat peluang ekonomi.

Lee Kuan Yew datang melawat sambil menipu kerana ekonomi.

Mahathir ingin terus berkuasa kerana ekonomi.

Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat ingin mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional kerana ekonomi.

Semua ini ialah perebutan ekonomi. Ini samalah seperti Amerika berebut minyak dan gas dengan Russia. Ini samalah seperti Pakistan berebut tanah Kashmir dengan India. Ini samalah seperti Turkey berebut air dengan Syria. Air, gas, minyah dan tanah – adalah ekonomi.

Ekonomi ini ialah duit duit – harta – tanah – bangunan, perniagaan, lesen – semua ini harta yang menjadi rebutan dalam sistem ekonomi kapitalis. Atau untuk menipu Mak Cik Felda ekonomi ini di panggil ekonomi bebas. Tidak ada yang bebas dalam ekonomi kapitalis. Dalam ekonomi kapitalis – sesiapa yang memiliki punca-punca ekonomi akan memiliki kekayaan dan kuasa. Dengan kuasa akan mendapat punca-punca ekonomi. Punca ekonomi ertinya duit dan harta kekayaan.

Ini hakikat. Tak perlu kita berdulak dalik – aaahhh ..oooh ..eeeh lagi.

Agama ialah kepercyaaan. Kepercayaan ini berasaskan keyakinan. Ada yang yang percaya dan ada yang tidak percaya. Ada yang yakin dan ada yang tidak yakin.

Keyakinan agama juga boleh beralih–alih mengikut kepentingan ekonomi. Dulu Hadi mengeluar FATWA HADI. Hari ini fatwa ini tidak dipakai lagi untuk disesuaikan dalam merebut kepentingan ekonomi terkini.

Sekali lagi dinyatakan : Dalam ekonomi kapitalis TIDAK ada agama. Ini tebukti dengan apa yang sedang berlalu sekarang. Malah dalam satu parti yang mengakui asasnya agama pun ada perebutan. Perebutan kuasa ini tidak ada sangkut paut dengan agama. Ini perebutan ekonomi.

Perebutan ini adalah SEHAT jika diakui sebagai perebutan untuk merebut ekonomi. Ianya TIDAK sehat jika ditakrif sebagai perebutan garis agama.

Agama, bangsa, nasionalisma – ini adalah senjata/alat untuk mengolah persetujuan orang ramai akan menyokong satu-satu gerakan. Apakah tujuan gerakan ini? Untuk memiliki punca-punca ekonomi.

United Malays National Organisation berslogan Hidup Melayu- Ketuanan Melayu untuk menipu orang Melayu agar gerombolan mereka mendapat mengambil punca ekonomi yang dulunya di tangan British dan China. Mereka mahu harta kekayaan dijadikan hak mereka. Ini hakikat. Tak perlu kita berkelentong.

Heboh-heboh tiap-tiap hari di parlimen ilahlah manifestasi perebutan ekonomi. Najib membuat dasar kerana hendak membolot ekonomi. Anwar menentang dasar Najib kerana ekonomi. Disini tidak ada agama atau bangsa.

Agama dan bangsa HANYA masuk dalam hitungan ini jika ianya boleh dijadikan ganja untuk mengolah persetujuan orang ramai – untuk mendapat sokongan.

Pas dahlu di kutuk oleh United Malays National Organisation. Gerombolan ini juga dahulu di kutuk oleh Pas. Ini dilakukan untuk mencari sokongan orang Melayu.

Hari ini gerombolan telah tidak mendapat sokongan Melayu lagi. Jika tidak ada sokongan mereka kalah. Jika kalah – mereka tidak ada kuasa. Jika tidak ada kuasa mereka tidak dapat kontrek dan projek.

Kontrek dan projek ialah ekonomi. Pusing-pusing akhirnya ekonomi juga.

Dalam Pas walau pun mengakui berasaskan agama kini telah terbukti bahawa ekonomi lebih kuat pengaruhnya dari agama.

Didalam Pas ada yang takut dengan Pakatan Rakyat kerana dasar KETUANAN RAKYAT. Dasar ini bukan dasar agama. Bukan dasar bangsa. Tetapi dasar untuk orang ramai – ertinya untuk semua – China, Melayu, India, Kadazan, Murut , Bajau dan Lain-Lain. Ertinya siapa bijak – berilmu, tidak malas, rajin bekerja – maka mereka akan berjaya.

Berjaya disini ertinya ada duit. Duit ialah ekonomi. Pusing-pusing mesti sampai juga kepada ekonomi.

Orang yang malas, pencari kontrek, mencari komisen, jual projek – pastilah TIDAK suka dengan dasar – Ketuanan Rakyat. Mereka takut bertempur disemua bidang. Nak masuk universiti nak pakai kouta. Nak projek nak kouta. Nak cari kerja nak pakai kouta. Nak buat drama tv nak minta slot kouta.

Justeru ketika ini United Malays National Organisation memerlukan Pas untuk masuk ke dalam kandang mereka. Apa yang di janjikan ialah kedudukan politik. Kedudukan politik ialah kuasa. Dengan kuasa akan dapat punca ekonomi.

Ekonomi lagi.

Justeru jangan hairan – terutama anak anak muda – kita patut memahami bahawa yang sedang berlaku dihadapan mata kita ialah perebutan ekonomi. Semua yang berlaku ini tidak ada sangkut paut dengan agama atau bangsa.

Perebutan ini ialah perebutan kelas elit yang kuasanya semakin terhakis. Kelas elit ini diwakili oleh United Malays National Organisation. Kelas elit yang hendak hilang kuasa ini sedang mencari ‘kawan’ dari Peking hingga ke Rusila. Ini pekara biasa dalam politik.

Apa yang maha penting untuk difahami ialah politik tidak ada sangkut paut dengan agama. Sekarang terbukti dengan jelas – serban atau kopiah – hanya pakaian ; bahawa agama hanya digunakan untuk mengolah persetujuan tidak lebih dari itu.




Flickr Photos

To See the Light

Spice Finch in the clown car bush Madrona Marsh Torrance 320

Chipped Glass - HMM..x

More Photos
May 2017
M T W T F S S
« Sep    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Pages

Top Clicks

  • None